• Post Title 1

    Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Quisque sed felis. Aliquam sit amet felis. Mauris semper, velit semper laoreet dictum, quam diam dictum urna, nec placerat elit nisl in quam. Etiam augue pede ...

  • Post Title 2

    Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Quisque sed felis. Aliquam sit amet felis. Mauris semper, velit semper laoreet dictum, quam diam dictum urna, nec placerat elit nisl in quam. Etiam augue pede, molestie eget, rhoncus at, convallis ut, eros. Aliquam pharetra. Nulla ...

  • Post Title 3

    Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Quisque sed felis. Aliquam sit amet felis. Mauris semper, velit semper laoreet dictum, quam diam dictum urna, nec placerat elit nisl in quam. Etiam augue pede, molestie eget, rhoncus at, convallis ut, eros. Aliquam pharetra. Nulla ...

  • Post Title 4

    Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. In dapibus. In pretium pede. Donec molestie facilisis ante. Ut a turpis ut ipsum pellentesque tincidunt. Morbi blandit sapien in mauris. Nulla lectus lorem...

Selamat Hri Ibu buat Ibu-ibuku..

Bersempena dengan hari ibu pada 9 Mei ini,saya sebagai anak tidak sesekali akan melepaskan peluang untuk membuat entry khas kepada ibu-ibu saya. Dan,untuk pengetahuan semua, semasa entry ini ditulis, air mata dari seorang anak ini, tidak henti-henti turun kerana terlalu menghargai kurniaan dari Allah s.w.t kepada saya dengan ibu-ibu yang cukup menyayangi, memahami dan menerima saya seadanya.

Ibu,
Saya ingin mengucapkan Selamat Hari Ibu kepada ibu. Dari jauh, anakmu ini hanya mampu memberi ucapan, tanpa sebarang sambutan ataupun hadiah. Sejak lahir, saya tidak pernah berkesempatan menyambut Hari Ibu bersama ibu. Tapi apa pun, ketahuilah wahai ibu, ibu yang telah mengandungkan saya, melahirkan saya dengan susahnya, saya sayangi ibu selama-lamanya. Ibu, di manakah kamu wahai ibu? Anakmu ini dahagakan kasih sayang dari seorang ibu yang bergelar ibu kandung. Ibu tahu tak, walau apa pun kesalahan ibu, anakmu ini tetap menyayangi ibu. Tapi kenapa ibu? Kenapa ibu tidak pernah sekali pun mencari anakmu ini? Kenapa? Apasalah saya? Seingat saya,kali terakhir kita bertemu semasa saya dapat menyambung pelajaran di sekolah berasrama penuh di JB. Itu pun pada tahun 1999. Kenapa ibu? Seandainya suatu masa nanti ibu mahu anakmu ini pulang ke pangkuanmu, adakah ibu mengharapkan saya akan pulang ke pangkuan ibu sedangkan waktu susah selama ini ibu tidak pernah pun menjenguk anakmu ini? Ibu, walau di mana pun ibu berada, dalam keadaan apa sekalipun, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Ibu. Terima kasih kerana telah melahirkan saya di muka bumi ini dan mempertemukan saya dengan seorang lagi ibu yang bernama Kalthom.

Kepada emak tersayang, Kalthom....



Emak,sungguh besar pengorbanan emak pada anakmu ini. Emak membesarkan saya dengan penuh kasih dan sayang walaupun dalam keadaan serba kekurangan. Masih segar lagi diingatan saya, bersusah payah emak mengambil tempahan membuat nasi lemak untuk dihantar ke gerai-gerai makan bagi mendapatkan saya sesuap nasi. Walaupun pada masa itu, emak masih lagi belum mendirikan rumah tangga, emak menjaga saya dan memainkan peranan sebagai emak dan bapa yang sangat sempurna.Walaupun saya tidak dihadiahkan dengan patung permainan Babbie,saya cukup seronok bermain patung mainan yang dibuat oleh arwah nenek daripada baki-baki kain perca. Itulah permainan yang paling menyeronokkan pada masa itu,tiada tolok bandingnya. Emak,walau macam mana keadaan sekalipun, emak adalah tetap emak saya sampai mati. Selagi nyawa dikandung badan,selagi itulah emak tetap dihati saya sampai bila-bila. Emak mendidik saya dengan sempurna sehingga saya kini memperoleh segulung ijazah hasil usaha gigih emak membesarkan saya dengan menjualkuih-muih,nasi lemak dan mengambil tempah menjahit baju. Bagaimana caranya supaya saya dapat membalas jasa emak? Walaupun dengan memberi wang sebanyak RM1juta sekali pun, jasa emak takkan dapat saya balas. Saya amat-amat berharap, Allah sentiasa memakbulkan doa saya supaya menjadikan emak antara ahli syurga yang sentiasa beriman dan bertakwa kepada-Nya. Emak, saya tidak dapat bayangkan bagaimana sekiranya emak pergi dahulu menyahut seruan Ilahi. Mungkin jiwa saya akan mati pada saat itu.Kerana emaklah satu-satunya harta paling berharga yang saya ada di dunia. Emak, Selamat Hari Ibu dan Selamat Hari Lahir yang ke 54 pada 17 Mei ini. Saya akan doakan supaya emak dipanjangkan umur, dikurniakan kesihatan yang baik, dipelihara dari api neraka dan menjadi hamba Allah yang paling mulia. Andai tiba masa memisahkan kita, saya lebih rela pergi dahulu dari melihat pemergian emak kerana saya tidak sanggup kehilangan emak. Selamat Hari Ibu kepada Pn.Kalthom binti Ismail.

Tidak lupa juga kepada Pn. Kalimah binti Ismail...
Maklus, terima kasih banyak-banyak kerana selama 7 bulan Maklus sudi menjadi ibu susuan saya. Tiap titis susu itu,tidak dapat saya balas.Tapi sekiranya tiap titis susu itu memerlukan balasan dengan titisan darah, saya sanggup berbuat demikian.Terima kasih yang tak terhingga.Tanpa Maklus, mungkin saya tidak akan dapat membesar dengan sihat sehingga sekarang. Dengan susu itu juga saya dikurniakan akal fikiran yang sempurna, kesihatan yang baik. Maklus, terima kasih banyak-banyak hanya itu yang mampu saya ucapkan sempena Hari Ibu yang sungguh mulia ini. Halalkan tiap titsan susu yang telah Maklus berikan.

Kepada Mami (Zahrah binti Ismail) dan Cu (Yasmin binti Ismail)..

Selamat Hari Ibu juga diucapkan kepada kalian. Walaupun tidak berpeluang menjadi ibu, tapi anggaplah saya sebagai anak kalian sendiri. Ini kerana sejak saya kecil pun, kalian turut menjaga saya. Kalian merupakan mak cik-mak cik yang terbaik sekali di dunia. Tanpa kalian berdua,siapalah saya kini. Kalian sering memberikan sokongan tatkala saya berada dalam kesusahan, dan sering menyokong saya dari belakang. Bukan wang ringgit atau harta yang saya perlukan, cukuplah sekadar secebis kasih sayang sebagai penguat semangat untuk meneruskan kehidupan ini. Kepada Mami,terima kasih kerana sudi menumpangkan saya di masa saya susah. Hanya Allah saja yang mampu membalas jasa Mami dan Cik Man. Tidak dilupakan juga kepada Cu. Terima kasih banyak-banyak atas segala sokongan dan nasihat.Cu dan Mami telah saya anggap seperti emak saya sendiri. Selamat Hari Ibu dan halalkan segala makan minum saya selama ini.

Mereka semua inilah yang telah membentuk saya menjadi seperti saya sekarang. Mereka memberikan sokongan tatkala saya disisih,dihina. Hanya hati saja yang tahu, bagaimana rasa pedih dan seksanya diperlakukan sebegitu. Tapi apakan daya, saya sebagai hamba Allah yang hina hanya menerima ia dengan redha kerana setiap ketentuan dari Allah pasti ada hikmah disebaliknya. Hanya air mata mengiringi setiap doa. Semangat dari kalian semua juga telah menjadikan saya lebih matang dan pandai berdikari. Ampunkan segala dosa yang telah saya lakukan, maafkan salah silap selama ini. Makan dan minum saya minta dihalalkan. Sesungguhnya, siapalah saya ini sekiranya tidak meminta ampun dan maaf kepada ibu kerana syurga itu dibawah tapak kaki ibu. SELAMAT HARI IBU BUAT IBUKU DAN SEMUA KAUM IBU DI DUNIA.






11 comments:

-- [r][4][p][t][o][R] -- said...

salam.. waaaaaaa
honestly...mengalir air mata ini bila membaca coretan dirimu itu..walau rap ni laki hait lelaki tetap ada kelembutan pada insan yang bergelar ibu..tapi apakan daya..ibu dah tinggalkan rap 4 tahun yang lepas..kepada nurul ain..jagalah ibumu..emakmu dan saudara2 mu..jangan biarkan mereka menagis kerana kegembiraan mereka adalah harta buat kita..
rap bersimpati pada kamu..
moga ditabahkan hati mu itu.


p/s : kongsilah dengan rap seandainya cerita hidup kita adalah sama...
--> http://r4ptorm4chin3.blogspot.com/2009/04/bu4t-ns4n-t3rb4ik-d4l4m-hdup-ni.html

.Anna. said...

wowiee manyaknye mummy diee

nurulshima said...

ain, sweetnye, esp yg for ur aunts tu.. ingat lg time kte skola, ur aunts ade dtg mlawat kan :)

cIk JanNah said...

selamat hari ibu wat mak jannah jgk..
sdh bc n3 kamu nie ain~

kiwi buLan said...

sedey citenye...tp u should be glad sbb dpt jd a better person..bjaye dlm idop lg tu..mybe ain ilang sorang ibu tp ain dpt kasih syg dari ramai lg wanita laen..

pn-iena said...

Sangat2 terharu..
Sangat2 beruntung mempunyai ibu yang ramai..

boboiz said...

semoga allah membalas jasa baik ibu2 kita

my name is Ain said...

Raptor, Anna, Ronnie , Jannah, kiwi bulan, Kak Iena, boboiz
Raptor,
thanx 4 the air mata..xda niat nk buat org nangis..cuma nk kongsi saje..

Anna,
best tau ada bnyk mummy..belum masuk mak mentua lagi tuh..huhu

Ronnie,
hehe..still ingt lagi eh? Huhu..mmg, diorg mmg sgt sweet..diorg la the best aunts in the world!!

kiwiBulan,
yup..sgt2 bersyukur..thanx ALLAH.

Kak Iena,
=)

Boboiz,
hanya ALLAH yg mampu balas jasa mereka..

KampungBoy said...

kita dah ada anak sendiri
baru kita tahu……..
pengorbanan n kasih sayangnya kepada kita

ubey said...

mmm.. sedih ye. ak x dpt nk byg perasaan ko. yg just tau beberapa ketul je kisah peribadi ko. yg lbh2 tu cmne ko tggung? yg sket ni pn air mata aku hmpir berderai

my name is Ain said...

kampungboy
huhu..ye, belum berpeluang menjadi ibu lagi..haha

Ubey
mcm mana aku tanggung? seriusly, kalau aku sedih aku lebih suka ddk sorang2 dr ckp dgn org.. waktu yg paling kerap aku nangis adalah waktu lepas solat and time mengaji..time tu mmg xdpt tahan air mata..

mcm mana aku tanggung? aku simpan dlm hati, dan aku selalu ingat setiap dugaan dari Allah pasti ada hikmah dan ganjarannya kelak ..

and aku syukur sangat,, ibu-ibu aku sayang aku seadanya, dan sokong aku dalam apa jua keadaan sekali pun..

emm..nangis la kalau nak..xyah malu2..

Post a Comment

Blog Kita

Blog Kita
 
Copyright © ini sebuah kisah. Original Concept and Design by My Blogger Themes | Tested by Blogger Templates | Best Credit Cards