Sebelum tu, aku nak bagitahu korang. Ini kisah benar yang dialami oleh kami sekeluarga. Tiada rekaan atau sebagainya. Cerita memang cukup panjang dan seram, kalau tak berani baca, jangan baca. Takut nanti ada yang demam 1 minggu pulak.
Mami pernah bagi tahu, ada satu hari tu masa dia tidur, dia rasa macam ada sesuatu yang menindih badan dia. Nak bergerak, dia rasa susah. Nak celik mata, tak boleh celik. Nak bukak mulut, keluarkan suara pun, seakan-akan macam ditekup mulut.
*ish..ish..* sound efek sikit
Sebelum kami berpindah ke rumah yang kami diami sekarang ni, rumah ini telah ditingalkan agak lama oleh pemiliknya dan tidak disewakan kepada sesiapa pun. Mungkin ada sebab-sebab tertentu.
Bukan mami saja pernah mengalami peristiwa pelik, malah aku pun pernah jugak. Ni nak story mory la ni. Seperti biasa, setiap malam selepas makan malam, aku akan melepak sambil menonton TV di ruang tamu atas. Seorang diri. Manakala mami dan cik man di bawah. Nak jadikan cerita, tekak aku rasa haus, air dalam botol pun dah habis. Maka aku ambil botol dan turun ke bawah untuk isi air. Lalu depan bilik mami, lampu menyala, macam kelibat mami sedang duduk di atas katil. Aku hairan, sebab waktu-waktu macam ni selalunya dia menonton Tv di bawah. Aku patah balik, sekali lampu bilik tidak dinyalakan pun. Dan mami pun sebenarnya tiada di dalam bilik. Aku hairan, tapi diam je. Orang tua-tua pesan, nampak benda pelik jangan tegur. Ingat JANGAN TEGUR!
*buat ape tu kak?*
Satu malam, sebelum aku tidur, aku pergi gosok gigi di tandas bawah. Aku nampak macam kelibat orang lalu belakang aku. Cik Man kot. Aku diam. Tapi bila aku nak naik atas balik, aku tengok cik man tengah syok tengok Ong Bak 2. Kencang betol diorang punya aksi pukul-memukul. Tip-top. Macam biasa, aku diam JANGAN TEGUR orang tua-tua kata.
Beberapa minggu lepas tu, aku balik kampung. Isnin malam tu mami cakap dengan aku. Rupa-rupanya dalam rumah yang kitorang duduk ni ada makhluk hitam yang tinggal. 2 ekor. 1 dalam bilik mami dan 1 kat bahagian belakang pintu berdekatan bilik air. Ok, sekarang aku paham. Kenapa aku boleh nampak kelibat mami dalam bilik dia, sedangkan dia takda. Dan mami ditindih masa waktu tidur. Dan objek yang lalu belakang aku masa kat dapur.
Mami cakap, abang aku bawak kawan dia datang sini, kira kawan abang aku ni macam orang Seekers la. Yang hebatnya, dia ni boleh tangkap makhluk-mahluk tersebut dan dimasukkan dalam botol. Abang aku tunjuk video tu kat aku, macam mana kawan dia tangkap makhluk tersebut. Aku takdalah takut sangat, cuma meremang sikit je. Dan aku mintak abang aku send gambar-gambar yang dia ambil kepada aku. Hasilnya, sampai sekarang, aku simpan gambar tu nak tunjuk kat korang, readers semua.
Lagi satu cerita, kat rumah arwah nenek aku, yang sekarang pak cik aku duduk dengan family dia. Dulu kawasan rumah nenek aku ni, memang dikelilingi pokok-pokok, tapi bukan hutan. Sebab rumah nenek aku ni kat bandar. Sekarang, pokok-pokok ni dah ditebang, sebab kawasan tu nak dibangunkan. Depan rumah nenek aku adalah rumah sedara kitorang jugak. Belakang rumah dia ada 1 pokok ara yang besar sangat.
Satu hari, anak jiran kitorang tengah tunggu bas subuh-subuh nak pergi sekolah. Tiba-tiba dia cakap dengan mak dia, dia nampak benda terbang dari pokok besar tu ke arah tiang lampu. Budak kecik mana tahu takut. Lagi sekali kawan abang aku jadi penyelamat. Rupa-rupanya benda terbang tu adalah pontianak. Kat bandar pun ada pontianak, kau jangan main-main. Rumah dia dah ditebang, tu yang dia main terbang sana-sini.
*hi..hi..hi..hi..*mengilai sikit
Sebelum tu, sepupu aku pun ada jugak cakap. Malam-malam kalau dia belajar sampai lewat malam macam ada orang bisik-bisik kat telinga dia. Pastu bulu roma tengkuk akan meremang. Dia diam je, macam aku. JANGAN TEGUR. Ada 6 ekor pontianak yang duduk menginap kat pokok-pokok buah mempelam disekeliling rumah nenek aku tu.
Bila tangkap, nampak la figure dia. Aku simpan 1 je gambar, sebab yang lain tu macam tak berapa nampak sangat. Tak clear orang putih cakap. Siapa yang berani nak tengok, klik la sini. Dan juga sini.
Alhamdulillah, sepanjang aku duduk kat rumah tu, aku tak pernah pulak kena ganggu atau apa. Lagi aku sorang. Kadang-kadang tu ada la jugak rasa bulu roma tiba-tiba meremang, tapi aku diam je. Aku mengaji dalam bilik, halau dia keluar kot-kot dia masuk dalam bilik aku. Kadang-kadang aku mengaji kat ruang tamu atas, kasi dia panas sikit. Aku takdalah rasa takut, cuma cuak sikit je.
Terpulang la korang nak percaya atau tak. Tapi hakikatnya cerita ni semua memang benar, takda reka-reka. Dan gambar tu pun memang betul, abang aku yang capture sendiri. Cuma ingatlah, kat dunia ni memang ada makhluk lain yang diciptakan oleh Allah. Dan kita kena percaya, mereka ni wujud. Percaya saja bukan takut. Sebabnya yang perlu kita takutkan adalah yang DI ATAS tu.
Cerita hantu 18SG - Seram dan Gerun. HAHAHA
Subscribe to:
Post Comments (RSS)
21 comments:
seriously?? takut...
erkk!! tiba2 meremang bulu roma bila tgk gambar2 tu.. dah la sorang2 kat bilik. nasib baik siang. ehe.
wah ain brani nye kamo??
lau cik jananh mau nye da lari dr umh tuH~
hiksss
syima
erm..ni mmg kisah benar dear..
xde reka2..
ijie
huhu..meremang bulu roma xpe..
haha..
jannaj
berani xde la berani sgt..
tp kalo nk dibandingkn dgn pengalamn kt skolah asrama dulu lg seram..kena ada berani sikit..
Adoi.....Tie takut laaa...hubby dah keluar pulak...hu hu...
Adoi.....Tie takut laaa...hubby dah keluar pulak...hu hu...
Tie
Takot ke? xpe2..nnt hubby blk suroh die teman u bace ek..hehe
template dri mana??????????????????????
wah siyes ke cte2 ni?
dasyat ar..
tkt nyer ain...
seram pn yer...
Zikry
erm..xingt web dia..try cari link kat bawah2 templete..msti ada..
Piqah
siyes..xde tipu punya..tiada yg benar melainkn yg benar2 belaka
Honey Bee
hihihi..(mengilai nih)
seram nyer tkut sy...
ish....seram siot....
seramnya... tpi nieya pown pernah kena kacau.. siap panggil org suruh buang kan.. dia kata benda tuh nak bkawan dengan kita.. grr....smpai sekarang tidur ngan ibu lagi dan bilik hanya siang sahaja..
slm,kwn....syn dr sabah ne...gmbar kc jelas2 lh sikit...dan crita ko tue...ermm,tulen ker..seram jgak lar ...sy d hstel nie....ok lah bye...slm
nx tgok gmbr 2 . tp takot . ta pe lha . ta kd tgok
Punya sia bilang tembirang tu pics dia blh edit ba... senang je... tapaya la korang semua takut
punya sia bilang X bikin takut pun, mau edit2 saja sia nga pandai ba edit tu gambar bukan tu penulis saja. punya tembirang, X bikin takut
mak ai .. seram .. aku tgh dok sorg2 lam blit nih .. mlm pulak tu .. bek aku nek tas tdoq ngn mummy n daddy ku ..
memang seram sangat...klu la i di tempatnya da lama pengsan...
Terbaek Arr...
kt mnew tmpt tu...?
Post a Comment