• Post Title 1

    Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Quisque sed felis. Aliquam sit amet felis. Mauris semper, velit semper laoreet dictum, quam diam dictum urna, nec placerat elit nisl in quam. Etiam augue pede ...

  • Post Title 2

    Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Quisque sed felis. Aliquam sit amet felis. Mauris semper, velit semper laoreet dictum, quam diam dictum urna, nec placerat elit nisl in quam. Etiam augue pede, molestie eget, rhoncus at, convallis ut, eros. Aliquam pharetra. Nulla ...

  • Post Title 3

    Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Quisque sed felis. Aliquam sit amet felis. Mauris semper, velit semper laoreet dictum, quam diam dictum urna, nec placerat elit nisl in quam. Etiam augue pede, molestie eget, rhoncus at, convallis ut, eros. Aliquam pharetra. Nulla ...

  • Post Title 4

    Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. In dapibus. In pretium pede. Donec molestie facilisis ante. Ut a turpis ut ipsum pellentesque tincidunt. Morbi blandit sapien in mauris. Nulla lectus lorem...

'Biol'data @ buku biodata

Atas request seorang akak comel yang mempunyai anak-anak yang cute, isu atau subjek utama entry pada hari ini adalah Nurul Ain. Erk. Nurul Ain anak pak cik Karim. Anak orang lain saya takda kenal la pulak. Tapi kat sekolah dulu, memang ramai kawan yang nama Ain. Sampaikan setiap Ain mempunyai nama gelaran tersendiri. Mau tau apa nama gelaran saya? HAHA. Sungguh comel lagi cute. AinK atau Ain Cool. KAh Kah. Gila cool la, sebab nama ni Mai yang bagi.

Kak Iena,
2) Yang ingin sgt di ketahuai siapakah Nurul Ain di sebalik blog? penulisan yg sngat2 terbest diantara blog2 lain..

Kejap kak. HUHU. Saya akui saya ni masih setahun dua tahun jagung dalam dunia blog ni. Jadi takdalah best apa pun blog saya ni sebab banyak lagi blog femes kat luar sana yang lebih menarik gaya penceritaannya. Dengan domain sendiri yang gah. Huh. http://ainkay.com . Gila cutelah nama tuh. HAHA.

Secara rambang, mari kita lihat biodata di bawah. Kalau semua pakai ayat, nanti ada yang jemu pulak nak membaca. Dah la font kecik sungguh. Buat entry berjela-jela macam syok sendiri. Ok. Mari mula membaca.

Nama diberi : Nurul Ain binti Abd Karim
Umur : sweet 23
Jantina : 100% perempuan
Tarikh lahir : 12 Mei 1986
Tempat lahir : Johor
Agama : Islam
Bangsa : Melayu = (Bugis + Pelikat + Jawa sikit)
Status : Bujang, masih anak dara. Ewah ewah
Adik-beradik : ke-6 dari 8 orang
Alamat rumah : ______________________ (sila isi tempat kosong)
No. i/c : 860512-23-***8
Hobi : Memasak, mem'baking'
Makanan kegemaran : Lauk masakan kampung, western tak berapa layan
Minumam kegemaran : Milo milo milo milo
Saiz : M
Ukur pinggang : 1 pemeluk
Tinggi : 5 kaki 4 inci (mmg rendah)
Berat : Ideal yang pasti
Warna kulit : hitam hitam si tampuk manggis (hitam manis)
Arahan : Sila buat satu karangan berdasarkan isi-isi penting di atas.

Nurul Ain seorang anak yang berjantina 100% perempuan adalah anak kepada En. Abd Karim. Dia telah berumur 23 tahun pada 12 Mei yang lepas kerana dia telah dilahirkan pada 12 Mei 1986. Kiralah kalau tak puas hati. Kelahirannya telah disambut di Johor walaupun sebenarnya semasa di dalam perut, si bayi itu beria-ia mahu dilahirkan di Venice, Italy. Tapi tak kesampaian kerana keluarga tidak mempunyai wang yang banyak untuk melahirkan si bayi di sana. Si bayi memang sungguh comel sejak kecil dan putih. Tetapi warna kulitnya telah bertukar pabila dia semakin membesar. Dari putih, kulit telah bertukar ke hitam manis. Rambut dari ikal mayang telah menjadi lurus. Dagu yang dulunya lentik dan terbelah kini sudah tidaklagi.

Ini adalah gambar ketika kecil sewaktu berumur beberapa bulan takda ingat. Cute tak? Ewah ewah. Pewwwitt.

Dilahirkan dengan agama Islam, dan berketurunan bugis pada sebelah bapa serta melayu jawa sikit dan india muslim pada sebelah emak. Sebab itu, wajah kelihatan saling tak tumpah macam Aishwarya Rai (jgn ckp pape). Jauh panggang dari api. Darah pahlawan Laksamana Bentan telah mengalir dalam tubuh sejak kecil kerana keturunan bapa mempunyai krisis dengan Sultan Mahmud mangkat dijulang. Tengok filem Sultan Mahmud Mangkat Dijulang? Haaa, itulah sejarah keturunan bapa saya. Jangan ditanya bahasa jawa dengan saya, kerana yang saya tahu hanyalah siji loro telu papat ( satu dua tiga empat). Itu saja.

Rumah terletak di muka bumi kawasan Asia Tenggara di negara Malaysia. Di dalam negara Malaysia, terdapat sebuah negeri dinamakan Johor Darul Takzim yang mana dia dilahirkan di situ. Dilahirkan dan dibesarkan di sana, menjadikan dia seorang anak jati Johor yang tak sekeras kayu jati. Cakap saja mana Asam Pedas terbaik, Mee Rebus, Mee Bandung, Soto, Laksa Johor. Semua dihujung jari. Nyum nyum.

Masih bujang dan sudah berpunya, dipunyai oleh Allah s.w.t secara mutlak. Hati masih kosong belum terisi. Pernah dua kali gagal dalam menjalinkan hubungan, dan hampir serik untuk bercinta. Apakah? Tapi, hidup mesti diteruskan dan pencarian untuk mengisi kekosongan sudah bermula. Ewah ewah. Malu betul. Berminat? Sila isi borang. KAH KAH KAH. Perenggan ni tak penting sangat tolong skip lah.

Sangat gemar melakukan kerja-kerja rumah seperti memasak dan mengemas. Ada kelapangan, pasti seluruh rumah akan di kemas. Tak kira pada musim perayaan atau tidak. Sangat mencintai dunia pembikinan kek dan biskut, dan mempunyai cita-cita untuk membuka perniagaan sendiri. Mempunyai sedikit ilmu dalam bidang jahitan, dan akan akan dipraktikkan ketika tiba musim perayaan kerana pada masa itu, tempahan baju akan membuak-buak. Majikannya adalah emak. Emak membagi upah dengan sangat banyak. Siapa yang tak nak.

Kerana dilahirkan sebagai anak melayu, lebih menggemari masakan melayu jika dibandingkan dengan western. Sangat kebaratan dan mentah tidak akan disumbat di dalam tekak. Setakat pizza, spagetti, bla bla tu masih boleh terima. Sushi? Ops, sorry. Tak layan. Tidak cerewet dalam pemilihan makanan tetapi mempunyai alahan kepada seafood terutamanya sotong. Semua jenis sotong. Sotong kering, sotong katak, sotong kurita, named it. Allergik. Milo adalah minuman kegemaran. Dari kecil hingga dewasa. Minum milo anda jadi sihat dan kuat. Sebab itu masih sihat dan kuat sampai sekarang. Sekuat manakah meminum milo? Buktinya, Nurul Ain adalah satu-satunya peserta lontar peluru yang berbadan kecil semasa pertandingan peringkat daerah. Tak percaya? Pergi minum milo sekarang.

Mempunyai susuk tubuh yang tidak terlalu kecil dan tidak terlalu besar. M size. Medium. Sederhana. Tapi, kadang-kala boleh diklasifikasikan sebagai L juga. Jangan tanya kenapa, lu fikirlah sendiri. Tinggi tu kiralah sendiri dalam meter ke cm ke, suka hati. Saiz pinggang sebesar satu pemeluk. Nak tau besar mana, try la peluk. HUHU. Oii Oii, apa peluk-peluk nih. Kurang pedoman betul. Berat adalah ideal untuk ketinggian 5 kaki 4 inci itu. Kiralah dalam lingkungan mana. Sebelum ni pernah mengalami kekurangan berat badan, tapi hasil membina otot telah meningkat dan menjadi ideal. Percayalah kalau nak.

Semasa sekolah, merupakan seorang yang sangat lasak dan aktif dalam aktiviti sukan. Bola jaring, bola tampar, lontar peluru, rejam lembing, lompat tinggi, lompat jauh, lumba jalan kaki, aerobik (err), cakap saja. Semua telah dicuba. Tapi tidak sesekali akan mencuba sepak takraw atau ragbi kerana sebab-sebab tertentu.

Mempunyai warna kulit yang seakan-akan warna belakang kuali sejak kecil, menjadikan Nurul Ain seorang yang rendah diri. Tidak berani melawan dan tidak pandai membuli. Sangat patuh kepada undang-undang dan peraturan sekolah menjadikan dia berkelayakan untuk memegang jawatan Presiden Blok. Berkakilebar Berkaliber kata cikgu.

Tidak menggemari asap yang datangnya dari rokok. Bukan setakat asap, rokok pun dibenci juga. Penghisap rokok pun boleh menjadi mangsa kebencian.

Sukakan ketenangan dan muzik yang berirama slow. Hanya sesetengah lagu rock je yang masuk ke dalam jiwa. Tapi jiwanya tetap rock and roll (batu dan guling). Walaubagaimanapun, hatinya agak keras, sekeras kerikil. Diakui oleh Dato' Dr. Fadzillah Kamsah di dalam ucapan motivasinya berkaitan rahsia disebalik tarikh lahir. Walaupun begitu, hati mudah tersentuh pabila mendengar kisah sedih terutama berkiatan ibu dan keluarga. Tounching woo. Malah diakui sangat manja dengan emak.

Paris dan Venice adalah antara dua destinasi impian sejak dari dulu lagi. Tapi apakan daya, belum ada rezeki. Simpan saja dalam hati dan di bawa ketika mimpi. Je t'aime Paris. I love Paris. Boleh bertutur bahasa perancis secara sikit kerana ilmu tersebut sudah semakin luput dari dalam kepala.

Emak cakap, Nurul Ain seorang anak yang baik kerana pandai menjaga hati emak dan membuat emak gembira ketika sedih. Itu kena tanya emak betul ke salah, sebab dia cakap macam tu. Kalau tak percaya jugak, pergi tanya polis kat kaunter 8 di IPD Batu Pahat.

Kesimpulannya, ________________________________________________________
_______________________________________________________

Sila isikan tempat kosong.

Kepada Kak Iena, cukupkah maklumat tersebut? Ke mahu lagi? Err, mungkin boleh dibuat dalam bentuk sequel.

Bila sudah mula membebel memang akan menghasilkan entry yang sangat panjang. Maaflah kalau terbosan-bosan membaca. Tapi saya hanya menurut permintaan dari seorang pembaca dan saya amat-amat hargai. Terima kasih daun keladi. Lain kali tanyalah lagi.

Err. Sudah lah. Sambung lain kali.




16 comments:

Liyana Lunia said...

ainnn panjanggnya entry ni bahahaha :P

my name is Ain said...

Ynn
huhu..tu la..
kalau dh start berserita mmg xleh stop..
pnjg eh, tu pn ada gak yg dh delete..huhu..

pn-iena said...

hah hambik ko pn-iena...bukan main berjela Nurul Ain punya entry.. Hah takper sekurang2 yg bertanya tak rugi, lagi mengetahui tentang diri Nurul Ain... bg yang lain2 tu pembaca setia jgn malu utk bertanya.. yg bujang-bujangan tu isi borang cepat2..siapa cepat dia dpt.. Ain kg kak iena pun batu pahat jugak... sapa tahu sekolah menengah dato onn sila angkat keybord..kuikuikui.. Nurul Ain.. sesungguhnya anda mmg terbest!.. chaiyo'

Unknown said...

wah, encik ain! sugguh detail penerangan kamoo.... *clap, clap*

x bole tahan nak pitam bila ada mention aishwarya rai tu (adakah ain digelar iswara rai?)

btw.... borang sehelar bape hengget?
ngee~~

my name is Ain said...

Kak Iena
sy angkat keyboard ni, akak nmpk tak?
tau sgt la sekolah tu kt mane..huhu

ye, borang masih belum diedarkan..anda masih mempunyai peluang..

Wai
err..apasal berenck pulak..bukankah dah dinyatakan jantina 100% perempuan..haha

err..tu part syok sndre..iswara pn xde kena mengena..

borang tu kalau nk dptkn senang jek..ken wat jenayah dlu..apa2 la, xkesah..kah3

Unknown said...

eh salah eh.... maaf la encik ain (lagi skali, hahaha....?

jenayah? kalau ikat ketua kampung kat pkok yg ada kerengge, kira jenyah x? oh ye, pakcik2 kat sini pun berkenan nak ka borang tu jugak. bole? jadi no 2 punya. hahahaha.....

a.b geldofg said...

no hp tkda ?

pn-iena said...

Ain
Hah nampak2.. sapa tak nampak tak lama lagi lah tu.. Tau ek! bagus.. hehehe

wai
wah wah wah...laju jer isi borang ek.. cepat cikit masuk meminang.. ihik ihik

my name is Ain said...

Wai
hahaha..try la buat..kalo kena tgkp polis, haa..baru betol jenayah..

kah3..gatal eh pakcik2 tu..baik kenalkan ngan mak cik2 aku jek..hahaha

xsnggup jd no 2..kalo bole nk jd no -1

Tihara said...

Hai ainn..ahak ahak..best bace ko ngomell..tul tak? akak tak kaco nko lg..huhu

my name is Ain said...

a.b
emm..no phone xdaftar lg..huhuh

Kak Maizura/Tiharaala kak, huhu..nnt da xde org nk borak2 ngan sy lg da..xde org nk kacau sy time sy ngantok lg..huhu

Admin said...

hoho. letih mate aku abeskan entri ko.

azizan4444 said...

klu buat resume mntak keje kompem dpt ni..hehe

my name is Ain said...

Ubey
aku tumpang simpati..huhu

my name is Ain said...

Azizan
bukan stakat mntk keje, mintak jd menantu pn rs boleh lepas kot..
hahahaha

Tie HT said...

hahahahaha

Post a Comment

Blog Kita

Blog Kita
 
Copyright © ini sebuah kisah. Original Concept and Design by My Blogger Themes | Tested by Blogger Templates | Best Credit Cards