• Post Title 1

    Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Quisque sed felis. Aliquam sit amet felis. Mauris semper, velit semper laoreet dictum, quam diam dictum urna, nec placerat elit nisl in quam. Etiam augue pede ...

  • Post Title 2

    Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Quisque sed felis. Aliquam sit amet felis. Mauris semper, velit semper laoreet dictum, quam diam dictum urna, nec placerat elit nisl in quam. Etiam augue pede, molestie eget, rhoncus at, convallis ut, eros. Aliquam pharetra. Nulla ...

  • Post Title 3

    Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Quisque sed felis. Aliquam sit amet felis. Mauris semper, velit semper laoreet dictum, quam diam dictum urna, nec placerat elit nisl in quam. Etiam augue pede, molestie eget, rhoncus at, convallis ut, eros. Aliquam pharetra. Nulla ...

  • Post Title 4

    Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. In dapibus. In pretium pede. Donec molestie facilisis ante. Ut a turpis ut ipsum pellentesque tincidunt. Morbi blandit sapien in mauris. Nulla lectus lorem...

Tolong bantu saya hilangkan fobia..


Saya menulis entry ni dalam keadaan ketakutan. Sila faham sedikit.

Sekarang ni saya mengalami sedikit sindrom ketakutan pada bunyi sms masuk ataupun panggilan masuk. Bukan apa, sejak semalam, saya sering mendapat panggilan dan sms dari seorang individu yang saya kenali dan menghantar kata-kata yang semacam lucah. Erk. Betul. Tak tipu.

Dulu kami memang ber"kawan". Tapi setelah dia memutuskan untuk berkawan macam biasa, saya terima seadanya. Redha lah orang kata. Lepas tu memang kami lama tidak berhubung. Sejak minggu lepas, dia mula menghantar mesej yang bukan-bukan dan sering menelefon saya pada lewat malam. Pada mulanya, saya layan macam biasa, takut dikatakan sombong. Tapi, lama-lama semakin menjadi-jadi.

Semalam sahaja dekat pejabat, dia telah call saya sebanyak tiga kali. Kali yang pertama saya angkat dan saya beritahu dia saya tak boleh bercakap lama sebab kebetulan semalam memang kerja banyak sikit. Dia tak peduli dan memaksa saya untuk melayan panggilan dia sedangkan memang saya sudah bagitau yang saya sibuk. Dia mendesak dan makin mendesak, membuatkan saya mengambil keputusan untuk meletak telefon. Saya memang tidak suka bercakap di telefon sewaktu waktu bekerja. Sebab saya amat menghormati majikan saya. Kalau setakat sms tu saya masih boleh balas lagi. Kalau nak bercakap pun, setakat 5 minit tu kira ok la. Ni kalau sampai 30 minit, apa nak jawab pada boss nanti.

Lepas saya letak telefon, dia mula menghantar mesej yang bukan-bukan sampaikan saya terasa meremang dan seram. Err. Berbaur lucah lah yang pastinya. Saya silentkan telefon dan sambung balik kerja saya. Tapi semakin kerap dia menghantar sms walaupun saya sudah tidak larat membalasnya.

Bila saya sudah balik dari pejabat pun dia semakin galak menelefon saya. Menghantar mesej seberapa banyak yang dia rasa boleh mencairkan saya. Tapi hakikatnya, dengan perlakuan dia sebegitu, semakin membuatkan hati saya semakin keras. Saya semakin takot. Dan saya matikan telefon atas nasihat seorang kawan. Err. Betollah, matikan sebab dah takut sangat. Bila saya on balik handphone, puluhan miss calls dan mesej yang masuk. Bukan setakat 1 handphone, handphone yang lagi satu pun turut di'kerjakan' oleh dia. Penuh inbox saya dan saya rasakan dia semakin gila.

Salah satu mesej yang dia hantar, dia kata dia geram pada saya. Kalau awak jadi saya, apa yang awak nak buat? Saya takut sangat dan tak berani nak beritahu pada ahli keluarga. Saya hanya memberitahu kepada beberapa orang rakan rapat. Dan salah seorang rakan telah memberikan cadangan, sekiranya lelaki itu semakin berani dan ingin berjumpa dengan saya, dia dan kawan-kawan dia ingin memasang perangkap kepada budak itu, dan memberikan sedikit pengajaran. Err. Saya harap sangat tidak jadi apa-apa yang boleh memudaratkan dialah.

Sebagai seorang perempuan, apa je yang saya boleh buat selain menangis ketakutan. Saya menangis semalam sehingga tertidur. Dalam keadaan ketakutan. Bukan saya nak kata yang saya ni lemah, hanya mampu menangis. Tidak. Macam-macam saya dah lalui dalam hidup, tapi ini kali pertama yang membuatkan saya terasa fobia. Mungkin fobia dengan lelaki. Err. Tolong. Saya takut sangat. Saya buntu dan tak tahu apa yang perlu saya lakukan.

Kalau awak jadi saya, apa yang awak nak buat? Takkan nak selamanya fobia dengan lelaki. Ehh. Tak bolehlah. HAHAHA. Sempat lagi bergelak ketawa di saat-saat genting macam ni. Tolong?!





9 comments:

pn-iena said...

Ain... Erk!! biasanya kalau jenis mamat sewel camtu lebih baik jgn dilayan. Reject call & sms terus.. Rasanya buat masa ni Ain kena sentiasa berteman.. Bahaya berkeseorangan...

Kalau still berlarutan lebih baik bg tau ibu bapa.. Kalau makin teruk untuk keselamatan diri kena report polis!..

Admin said...

ek.. bukan aku kan. hahahah

my name is Ain said...

Kak Iena
huuu..berteman ke mane jek? sy mmg xkuar pn..mane2 g pn dgn family..

huu..ade org nk pnggl kaki pukul..HAHAHA

Ubey
kau terasa ke? Kalau kau yg buat, aku takkan berani update kat blog..nanti kau yg malu.xnk aku jatuhkan air muka org..uuuu

berani la kau buat macam tu. apa tak cukup ke kasih sayang aku bagi? Haa? HAHAHA

Tie HT said...

itu tandanya..awk semakin comey..sbb tu ramai org ske kaco awk..

pZah said...

erk aku pun trauma kalo cmtu.

takott woo bila laki dah naik gila ni

ckp apa pun dia x phm dah..

aku rasa Ain kena bgtau gak kt family

serius nih!

my name is Ain said...

Kak Tiha
err..comel ke? ade tak cam koala? HAHA

pZah
err..ye ke?
emm..mami da tau da sbb smlm dia baca blog nih..
harap2 dia tak ganggu lg la lepas nih..

Encik Ariff said...

heyho..
jgn lyn!

my name is Ain said...

encik ariff
mmg tak layanpn..
=)

DilOt said...

jangan dilayan ain..tapi takut gak..takut die main kasar..'hantar2 bende',,arap xla mcm tu..takut seyh dgn2 org mcm tu..

Post a Comment

Blog Kita

Blog Kita
 
Copyright © ini sebuah kisah. Original Concept and Design by My Blogger Themes | Tested by Blogger Templates | Best Credit Cards