• Post Title 1

    Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Quisque sed felis. Aliquam sit amet felis. Mauris semper, velit semper laoreet dictum, quam diam dictum urna, nec placerat elit nisl in quam. Etiam augue pede ...

  • Post Title 2

    Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Quisque sed felis. Aliquam sit amet felis. Mauris semper, velit semper laoreet dictum, quam diam dictum urna, nec placerat elit nisl in quam. Etiam augue pede, molestie eget, rhoncus at, convallis ut, eros. Aliquam pharetra. Nulla ...

  • Post Title 3

    Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Quisque sed felis. Aliquam sit amet felis. Mauris semper, velit semper laoreet dictum, quam diam dictum urna, nec placerat elit nisl in quam. Etiam augue pede, molestie eget, rhoncus at, convallis ut, eros. Aliquam pharetra. Nulla ...

  • Post Title 4

    Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. In dapibus. In pretium pede. Donec molestie facilisis ante. Ut a turpis ut ipsum pellentesque tincidunt. Morbi blandit sapien in mauris. Nulla lectus lorem...

Erm..cerita blind date lagi ke?


Bawak-bawak la mengucap banyak-banyak. Takkan hari-hari nak jamu blog dengan cerita blind date dan match maker yang macam tak masuk dek akal langsung tu. Mungkin ramai yang tak percaya, wujud lagi ke weh match maker and blind date ni. Haaa, kalau tak nak percaya tak pa. Takda salah. Kita tukar sikit topik hari ni. Nak muntah rasa, hari-hari saji cerita blind date. Balik-balik blind date. Silap-silpa lepas balik date, kau jadi blind nanti baru tahu. Baru tahu apa tu blind date. Aik? Tadi kata tak mau story lagi pasal blind date, tapi masih lagi sebut perkataan tu. Blind date. Blind date. Haipp!! HEHEHE

Perasan tak keadaan cuaca bumi sekarang ni tak menentu. Sekejap sejuk, sekejap panas. Sejak akhir-akhir ni, cuaca memang panas memanjang, mengalahkan summer kat luar negara pulak. Tapi sekarang, di bumi Johor tercinta sedang dilimpahi hujan. Tak tahu la nak panggil hujan rahmat atau hujan salim. Terkeluar pulak nama penyanyi dulu-dulu. Rasa- rasanya sekarang ni boleh dikatakan hujan asid. Sebab dah lama takda hujan, maka air hujan yang turun tu memang membahayakan diri dan kesihatan. Maka, peluang untuk bermandi-manda dalam hujan memang sangat tipis. Teringat zaman kanak-kanak, suka main kejar-kejar dalam hujan pastu mandi kat bawah corong air dari atas atap. Seronok betul tapi lepas tu mesti kena rotan dengan emak sebab tak mahu dengar kata.

Menurut ramalan cuaca, musim 'summer' di Malaysia akan berakhir pada akhir bulan Mei. Itu tak tahulah kesahihannya, sebab Allah Maha Berkuasa. Ikut Dia lah nak hujan ke, sejuk ke, panas ke. Kalau Dia nak bagi Malaysia ni salji sikit pun takda peliknya. Sebab Dia ada kuasa. Ini semua ramalan dari manusia.

Sepanjang musim 'summer' di Malaysia ni, kena lah pandai jaga diri, jaga kesihatan supaya tidak terjejas aktiviti seharian. Musim summer ni pun dah menyebabkan salah seorang mak cik aku yang duduk kat Singapura tu terkena penyakit Tuberculosis atau lebih glamour dengan nama TB . Tak tau la TB berapa inci dan model apa, tapi yang pasti ia adalah lebih canggih dari yang sedia ada. Apa aku melalut ni, kecik hati mak cik aku kalau dia baca nanti.

Mak cik aku dia terkena batuk sejak 3 bulan yang lepas. Sekejap baik. Sekejap kena lagi. Baik. Kena. Macam tu la ceritanya. Macam biskut Chipsmore. Sekejap ada, sekejap takda. Kesian betul dia, dah la baru lepas pulih dari sakit barah payu dara, sekarang kena TB pulak. Nasib TB 14 inci jek. HEHE. Banyak la kau punya 14 inci. TB dia masih di peringkat permulaan. Dan sekarang, dia sedang menjalani rawatan sebagai pesakit luar di Singapore General Hospital. Mudah-mudahan cepatlah dia sembuh. Sebab bulan depan kakak aku kawen, mesti kitorang sibuk sangat. Nanti dia tak boleh attend pulak majlis tu.

So, kawan-kawan semua. Ceh!! Jagalah kesihatan. Banyakkan minum air dan kurangkan merokok. Dalam keadaan cuaca yang panas, badan kita memang amat memerlukan air yang banyak. Kalau tidak nanti, boleh dehidrasi pulak. Macam-macam penyakit timbul. Siapa yang susah? Mereka dan keluarga mereka.

p/s: Jangan lupa minum air sekurang-kurangnya 8 gelas sehari. HUHU.

Sekarang boleh jadi duta kesihatan. Lepas tak laku jadi duta match maker.



9 comments:

kembara™ said...

salam..
mesir pom baru start musim panas ni..huhu..
betul la,mmg kne jage kesihatan..
nak rase musim panas betul,maila kat padang pasir nih..hehe..

Cikgu Ije said...

setuju! cuaca sekarang tak tentu. tgh panas terik, tiba2 hujan.

wanirani said...

bercerita pasal cuaca tuh x tahan..huhuhuhu~~

Cikgu Ije said...

setuju! cuaca sekarang tak tentu. tgh panas terik, tiba2 hujan.

my name is Ain said...

Kembara
erk..pegi mesir? huhu..belum tabah lagi kot nak menghadapi musim panas kt sana..tp 1 hari nnt insya-allah akan sampai klau ada umur dn rezeki..

Ije
kan kan..kena bnyk minum air..

Wanirani
haha..sesekali nak tukar angin jap..huhu

Ije
erk..kena bls sekali lg ke? hehe

Unknown said...

eh, nie kisah blind date ke, kisah cuaca??kompius2

Rashid said...

ermm sekarang suka amal minum air suam.. tapi 8 gelas sehari? adoii .. susah le tu..

Blind date? ermm rasa nak blind date ngan ain le.. hehe.

my name is Ain said...

Zana
erk..hehe..entah..pun konpius jugak neyh..

Rashid
8 gelas jek..bukan 1 dozen pun..kulit dan bdn memerlukan air yg secukupnya..ceh! bg nasihat mcm sndri buat jek..

erk!!?? huhu..nk blind date ngan sy kena jd buta dlu..bru kira blind date..huhu

armouris said...

info tentang barah payudara kat sini - Pengesanan Awal Barah Payudara

Post a Comment

Blog Kita

Blog Kita
 
Copyright © ini sebuah kisah. Original Concept and Design by My Blogger Themes | Tested by Blogger Templates | Best Credit Cards