• Post Title 1

    Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Quisque sed felis. Aliquam sit amet felis. Mauris semper, velit semper laoreet dictum, quam diam dictum urna, nec placerat elit nisl in quam. Etiam augue pede ...

  • Post Title 2

    Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Quisque sed felis. Aliquam sit amet felis. Mauris semper, velit semper laoreet dictum, quam diam dictum urna, nec placerat elit nisl in quam. Etiam augue pede, molestie eget, rhoncus at, convallis ut, eros. Aliquam pharetra. Nulla ...

  • Post Title 3

    Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Quisque sed felis. Aliquam sit amet felis. Mauris semper, velit semper laoreet dictum, quam diam dictum urna, nec placerat elit nisl in quam. Etiam augue pede, molestie eget, rhoncus at, convallis ut, eros. Aliquam pharetra. Nulla ...

  • Post Title 4

    Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. In dapibus. In pretium pede. Donec molestie facilisis ante. Ut a turpis ut ipsum pellentesque tincidunt. Morbi blandit sapien in mauris. Nulla lectus lorem...

Peristiwa Berdarah

Bukan setakat di Palestin saja telah berlaku tumpahan bergelen-gelen darah. Tetapi semalam di rumah NO. 2 Jalan dot dot dot, juga telah berlaku pertumpahan darah secara tidak sengaja. Tumpahan secara tidak sengaja yang dilakukan tanpa sengaja juga. Semuanya tidak sengaja. Cuma sengaja diheboh-hebohkan padahal tak perlu.

Peristiwa pertumpahan darah berlaku pada jam 7 malam macam tu, masa sedang sibuk menyediakan bahan untuk memasak. Okeh, sebenarnya semalam, saya empunya diri dan mami agak tebiat sedikit nak masak nasi ayam. Tiba-tiba terkeluar mentol yang terang di atas kepala yang bijaksana ini untuk melakukan agenda memasak nasi ayam yang sangat special di mata kami.


Disebabkan empunya diri cuti umum, waktu maghrib digunakan sebaik-baiknya untuk menyediakan juadah tersebut supaya kami tidak kebulur kelak. Perut memang dah tak boleh tahan lapar. Macam -macam lagu keluar, tapi yang paling kerap lagu keroncong. Tak tau kenapa. So, saya mengambil tugas tanpa disuruh-suruh untuk menyediakan segala bahan supaya senang nanti mami tinggal masak sahaja. Aku dah cakap aku akan masak bila aku terlebih rajin je. Sampaikan orang nak tolong pun aku takda bagi. Tapi disebabkan aku budak baru belajar,ambil galah tolong bla, aku tak nak tunjuk pandai sangat, nanti mami rasa tercabar pulak. HAHAHAHA.

Aku ambil ayam mentah yang belom dipotong, lalu diletakkan di atas chopping board untuk ditetak 18 umpama Mona Fendi. Tapi ayam tu macam sedikit kecil, jadi aku tak sampai hati nak tetak sampai 18 dikhuatiri akan kelihatan seperti ayam cincang pula. Aku ambil pisau, lalu sambil menyanyi lagu Gary Moore aku hiris ayam tersebut untuk dibuat rencah sayur chap-chai. Seronok dan leka menyanyi sambil menghiris, aku terlepas pandang lalu aku menghiris satu daging yang aku rasa macam keras. Banyak betul tulang ayam ni, aku cakap dalam hati. Sekali bila aku tengok, alamak. Tangan empunya menjadi mangsa pisau yang baru saja di asah.

Cepat-cepat tarik tangan, sorok belakang apron. Takut nak melihat keadaan tangan, terus rendam tangan dalam air. Syok juga rasa terhiris pisau kat tangan ni. Sekurang-kurangnya kurang sikit dosa aku. Bila perhatikan balik, jari telunjuk hampir terkulai, luka sedalam 0.5 m diikuti darah yang memancut-mancut keluar. Nasib bukan jenis mabuk darah, kalau tak mesti dah passed out kat situ juga tanpa ragu-ragu. Passed out kira okeh la lagi, buatnya pass away terus, kahwen dengan bidadara la jawabnya aku. Bestu jugak tu. Okeh, dah start merepek.

Sebenarnya luka sedikit saja, tapi hanya tuhan saja yang tahu betapa nyilu rasa tangan dihiris. Luka pun takdalah sampai sedalam 0.5 m, kau gila apa. Tangan aku besar mana dalam sampai macam tu sekali. Sikit je. Mujur aku tak potong ayam pakai gergaji, kalau tak maunya putus jari telunjuk. Dah mengalami kesukaran untuk mengorek hidung pulak. Okeh, sangat pengotor. Abaikan.

Yang pastinya, nasi ayam semalam memang sangat marvellous sampaikan aku takda sanggup lagi nak makan nasi ayam kat restoran luar sebab supnya yang cair, sos nya yang juga cair, takda salad, timun pun sekeping dan ayam goreng yang hanya seketul. Kalau buat sendiri, kau akan dapat hirup sup sampai kembung perut, sos pun pekat dan lazat takda masam, salad dapat makan dalam kuantiti yang banyak, timun kau boleh telan sebatang terus, dan pastinya ayam goreng kau boleh makan bape banyak ketul tak kesah. Tu yang pastinya. Tak da yang tak pasti. So, lepas ni aku akan jadi lebih rajin duduk di dapur. Bukan bermakna aku akan belajar cara memasak tapi aku akan memerhatikan bagaimana cara memasak atau menyuruh orang memasak untuk aku. HAHAHA. Sangat berciri diktator. Tak apalah.

Aku dah malas nak merepek. Kata ganti pun sekejap aku, sekejap saya. Dah bengong pulak. Tamatlah sekejap.

0 comments:

Post a Comment

Blog Kita

Blog Kita
 
Copyright © ini sebuah kisah. Original Concept and Design by My Blogger Themes | Tested by Blogger Templates | Best Credit Cards