• Post Title 1

    Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Quisque sed felis. Aliquam sit amet felis. Mauris semper, velit semper laoreet dictum, quam diam dictum urna, nec placerat elit nisl in quam. Etiam augue pede ...

  • Post Title 2

    Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Quisque sed felis. Aliquam sit amet felis. Mauris semper, velit semper laoreet dictum, quam diam dictum urna, nec placerat elit nisl in quam. Etiam augue pede, molestie eget, rhoncus at, convallis ut, eros. Aliquam pharetra. Nulla ...

  • Post Title 3

    Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Quisque sed felis. Aliquam sit amet felis. Mauris semper, velit semper laoreet dictum, quam diam dictum urna, nec placerat elit nisl in quam. Etiam augue pede, molestie eget, rhoncus at, convallis ut, eros. Aliquam pharetra. Nulla ...

  • Post Title 4

    Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. In dapibus. In pretium pede. Donec molestie facilisis ante. Ut a turpis ut ipsum pellentesque tincidunt. Morbi blandit sapien in mauris. Nulla lectus lorem...

Tag Membunuh Diri

Ini namanya tag membunuh diri. Lepas baca nanti baru tahu kenapa namanya tag membunuh diri. Okeh, di tag oleh Cik Suzi yang suka sangat mengenakan orang. Marilah proceed kepada tag tersebut.

7 CIRI-CIRI LELAKI IDAMAN ANDA

Sebelum aku dedahkan (ceh!) ciri-ciri lelaki idaman aku, nak pesan sikit ni. Jangan dok gelak senyap-senyap depan PC tu sebab tuhan nampak. 

  1. Yang paling utama, lelaki tersebut mesti mempunyai iman yang kuat. Maksudnya kalau nampak perempuan yang lagi cantik dari aku, jangan gatal-gatal nak pandang-pandang. Iman kena kuat! Dan solat mesti cukup. Baru boleh jadi imam aku nanti kalau ada jodoh . Semua jenis solat sunat kena tahu, jangan tahu solat sunat Jumaat je.
  2. No smoking please. Merokok membahayakan kesihatan. Nanti kalau saya mengandung (amboi, over pikir sampai situ), akan efek kepada bayi dalam kandungan. Pastu kalau dapat anak yang kurang sempurna anggota, dok salahkan ibu mengandung. Pada hal, baka dia pun ada juga. Kulit muka saya pun akan lekuk-lekuk kalau selalu kena asap rokok. So, no smoking!
  3. Saya suka lelaki yang lebih tinggi dari saya sebab nanti kawen boleh pakai heels. HEHEHE. Punya tinggi imaginasi. Selain tinggi, dia mesti berbadan yang tough, tak lembik, tak nak lah macam Hulk Hogan atau Sazali ahli bina badan negara tu. Cukup biasa-biasa je. Tapi kalau dapat Jason Statham pun best jugak. ( pergilah cari kat google siapa dia ni) HAHAHA. Lagi satu, dia mesti sanggup kuruskan badan kalau nak jadi suami aku. 
  4. Gigi dia mesti bersih dan teratur. Selalunya orang yang smoking nih gigi dia kuning and ada banyak plak. Secara tak langsung, memang dah reject awal-awal. Mulut tak berbau, dan nafas akan segar. 
  5. Dia mesti cool sebab aku ni hot. HEHEHE. Maksudnya, dia mesti pandai kawal segala situasi melibatkan emosi ataupun mental dan juga fizikal. Kata ketua keluarga, mesti kena pandai handle segala situasikan? Lebih-lebih lagi , aku ni suka melenting kalau tak kena gaya. So, kenalah terima aku seadanya.
  6. Penting juga ni, dia mesti berpelajaran. Jadi takdalah nanti dia rasa inferior pulak kan? Aku ni takdalah pandai sangat, setakat cerdik je (ehem, jgn marah). Kalau boleh nak lah dia tu seorang yang lebih cerdik dari aku, jadi takdalah nanti aku perlekehkan dia nanti bila kitorang gaduh. Faham tak? Tak faham takpe lah.
  7. Haaaa, ni pun penting juga. Kedudukan kewangan yang stabil baru boleh ajak aku kawen. Kalau tak stabil jangan harap nak kawen dengan aku, nanti aku nak makan ape? Kalau dulu boleh la, barang tak berapa mahal. Sekarang ni, tak payah cakaplah.Nak masuk toilet KLCC pun kena bayar RM2.00 . Dan mesti pandai handle kewangan keluarga supaya takdalah menimbulkan masalah pada masa depan. Nak kata aku materialistik katalah. Ada aku kesah. Tapi aku rasa sekarang, duit adalah satu keperluan.

7 CIRI-CIRI LELAKI YANG ANDA TAK SUKA

  1. Berlagak macam bagus. Sangat benci dan sangat tak suka. Maksudnya macam ni, contoh la. Dia tak tahupun macam mana nak pasang tayar kereta, tapi cakap macam pandai sangat. Over, kalah mekanik kat bengkel kereta yang hebat tu. Tak tahu, tunjuk cara tak tahu. Jangan berlagak pandai sebab konon-konon nak berlagak depan awek. Sori. Not my type.
  2. Hisap rokok tanpa rasa prihatin depan orang ramai terutama perempuan mengandung. Sangat selfish okeh lelaki yang macam ni. Smoking dah la satu, pastu tak hormat orang sekeliling langsung. Pentingkan diri sendiri je. 
  3. Mempunyai badan yang berbau kurang enak. Engkau takda mandi satu tahun ke apa? Ataupun takda orang tegur yang badan dia berbau. Tolong cermin ketiak dan badan di depan cermin besar, pastu pergi beli deodorant Rexona ke ape. Tak kesah la brand apa, asalkan tidak menimbulkan ketidaksenangan orang sekeliling.
  4. Tidak mempunyai kesedaran sivik. Contoh, meludah keluar kenderaan. Sangat pengotor okeh. Lagi, berebut-rebut especially masa nak masuk komuter or LRT. Tak hormat perempuan atau orang yang lebih tua langsung. Kalau nampak orang tua berdiri pun buat-buat tak nampak. Pastu biarkan orang perempuan yang bagi tempat duduk. Orang macam ni patut duduk dalam hutan, pergi berebut dengan monyet sana.
  5. Perasan handsome sedangkan hand-some. Tangan-sebahagian. Faham tak? Buat-buat pahamlah okeh. Lelaki macam ni, dia akan over dressing. Pakai macam nak buat konsert cina mati.Pastu sembur perfume yang bau dia entah bau ape. Agaknya masa dia beli tu tak test dulu. Kalau dalam KTM or LRT boleh lak nak ngorat or usha-usha konon dah bajet hand-some gila. Sori, memang aku tak layan orang yang ngorat-ngorat tepi jalan nih. Sebab aku bukan perempuan yang kau boleh ambil kat tepi jalan, pastu ajak keluar.
  6. Rokok + minum + dadah. Out of my list.Takda ciri seorang ketua atau pemimpin keluarga langsung. Kau paham sendiri jadi aku malas nak terangkan.
  7. Ego. Sanggup tahan ego demi diri sendiri dan tak sanggup tumbangkan tembok ego dia yang mahal sangat tu. Kalau kau pasang tembok ego kau kat Palestin sana bagis. At least diorang dapat berlindung walaupun sekejap.

7 ORANG YANG ANDA PERNAH MINATI SEPANJANG HIDUP

  1. David Beckham : masa mula-mula dia glamour. Lepas dia kawen dengan Victoria, terus tak minat dah. HEHEHE. Sampai pernah pasang cita-cita nak kawen ngan dia dulu. Apa punya cita-citalah bagi kanak-kanak yang berusia 8 tahun.
  2. Azman : saya jumpa dia di KLCC. Pertama kali jumpa, macam ada satu tembakan kena di mata. Memukau gitu. Tapi saya diam je. Macam mana saya tahu nam dia jangan tanya. Kira macam love at the first sight la. HAHAHA. Kelakar la, cinta monyet pun ye kot.
  3. Abang sedara saya : HAHAHAHA. Pengakuan berani mati. Tapi saya taknak sebut nama dia. Sangat memalukan diri sendiri. Dan dia pun ada ciri-ciri macam yang saya mention tadi. Ermmm...
  4. Cikgu saya semasa di sekolah rndh Tak ingat dah nama dia. Tapi dia sangat bergaya dengan bawak motor besar pergi mengajar. Siapa tak mahu. HAHA. Masa tu darjah 6. Gatal betul, ada hati nak minat cikgu sendiri.
  5. Sekarang saya minat Jason Statham dan saya rasa macam nak kawen dengan dia. Semua movie dia saya ada DVD. Transporter 1 ,2 ,3 , Death Race banyak lagi lah. Siapalah saya nak Islamkan dia. Entah-entah jumpa saya pun dia buat tak pandang je. HUHU. Sedih dan poyo okeh.
  6. Saya takda minat siapa-siapa in real sebab saya rasa komitmen saya sekarang adalah pada diri sendiri dan kerjaya. Saya perlu majukan diri sendiri dulu baru boleh nak minat orang. Pastu barulah minat kita akan dibalas. Ye tak?
  7. - - - - - -

7 PERASAAN SEKIRANYA KELUAR DENGAN ORANG YANG ANDA MINATI

  1. Nervous, menggeletar seluruh badan.
  2. Happy happy happy. Hip hip hooray.
  3. Bangga. Mana tak bangga dapat keluar dengan orang yang saya minat lebih-lebih lagi Jason Statham. Ehem.
  4. Tak lalu makan. Saya pernah alami. HEHEHE.
  5. Speachless. Sepatah dia tanya, setengah patah saya jawab. 
  6. Tangan kaki semua berpeluh (tak termasuk armpit). Saya adalah seorang manusia yang akan berpeluh bila nervous.
  7. Tujuh haru tujuh malam saya takkan dapat tidur lena kalau saya dapat keluar dengan nombor 5.

7 TEMPAT ISTIMEWA YANG INGIN DILAWATI BERSAMA PASANGAN

  1. Paris : Destinasi honeymoon yang saya impikan. Sebab itulah saya belajar bahasa perancis semasa di sekolah.
  2. Italy : saya teringin nak naik gondola tersebut sambil mendengar gesekan violin yang mendayu-dayu. Sangat romantik.
  3. Korea : mahu jumpa dengan hero kegemaran saya dan menunjukkan kepada pasangan betapa handsomenya hero tersebut. Biar dia jealous.
  4. Cameron Highland : sebab ada ladang daisy kat sini. Saya takkan lepaskan peluang pergi sana. 
  5. Rumah mak dan ayah saya dan dia : bila kami sudah bersedia untuk mendirikan masjid. Kira istimewa juga apa.
  6. Taj Mahal :kalau boleh saya nak suruh pasangan buat satu untuk saya. Tapi siapalah saya untuk diagongkan sebegitu rupa. Cukuplah sekadar buatkan saya satu kandang arnab sebab saya rasa nak bela arnab. Comel.
  7. Ka'abah : berdua berdiri di depan ka'abah sambil berdoa semoga jodoh kami dipanjangkan hingga ke akhir nyawa dan digolongkan dalam orang-orang yang sentiasa beriman denganNya.

7 BARANG ISTIMEWA YANG AKAN DIHADIAHKAN KEPADA PASANGAN

  1. Kena cakap juga ke?
  2. Sebab saya tak tahu pasangan (pasangan?) saya mahukan apa. Cukuplah dia menerima seadanya pemberian saya.
  3. Mana ada pasangan, so tak tahulah nak bagi apa.
  4. Yang saya tahu, setiap kali dapat gaji, saya akan belikan something untuk mak saya. Itu aje. Takda orang lain.
  5. Kan saya cakap, komitmen saya hanya pada diri dan kerjaya buat masa ni. Tak nak peningkan kepala. 
  6. --
  7. --

Dah tahukan? Tunggu apa lagi. Cepatlah persiapkan diri (ceh, macam bagus). HAHAHA. Borang akan dikeluarkan sehingga diberitahu kelak. Harap anda bersedia. HOHOHO. Gelak santa klaus. Aku suka buat-buat salah sebut nama santa clause nih. 

3 comments:

Anonymous said...

sgaje dengki ko bg keje sket..
sbb aku pon rs cam nerake ms wat tag nih..
so aku nk ko rs pe yg aku rs ngon!
hahahahahaha~

*objective tercapai..seems like..haha.terima kasih. =-X

Recent blog post: ::memoir of the late azman::

Anonymous said...

tau solat jumaat tu wajib..
tp org selalu pnggl solat sunat jumaat kan? kan?

entah la..
of course la gue tau yg itu wajib..adoi..mcm xsekolah agama pulak aku nih..

Anonymous said...

owh..mmg suka dengki2..
lain kali jgn bagi tag yg boleh buat org bunuh diri..okeh?
hahah.. pendedahan yg terlampau aku rs..

Post a Comment

Blog Kita

Blog Kita
 
Copyright © ini sebuah kisah. Original Concept and Design by My Blogger Themes | Tested by Blogger Templates | Best Credit Cards