Sebenarnya semalam saya telah mendapat satu mesej yang boleh menyebabkan emosi saya berubah, membuak-buak seperti lahar gunung berapi atau lebih mudah lagi memang menimbulkan kemarahan. F.Y.I, saya memang seorang yang cepat naik angin tapi, hanya akan naik angin apabila kena pada tempatnya. Maksudnya takdalah tak pasal-pasal tiba-tiba saya naik angin. Nanti orang kata saya gila pula.
Saya tidak mahu mengulas (amboi bukan main lagi bahasa) tentang apa yang ditulis oleh Si Penghantar mesej tersebut. Tapi apa yang saya nak katakan di sini, anak Melayu, anak Islam sekarang sudah jauh terpesong pegangan agamanya. Bukanlah saya nak cakap yang saya ni terlalu arif berkaitan agama, terlalu kuat pegangan agama, tidak. Mungkin belum sampai ke tahap itu. Saya hanya manusia , hamba Allah yang tidak leka melakukan kesilapan.Tapi saya cukup tahu tentang hukum agama dan batas-batas dalam segala hal.
Rasa macam nak bagi syarahan free pun ada, tapi disebabkan terlalu mengantuk, saya terus tarik bantal dan sambung tidur. Cukup saya kongsikan sampai sini. Ada cerita yang lebih menarik yang boleh dikongsi.
Jom, sambung baca.
Saya rasa saya telah jatuh cinta. Ya, jatuh cinta. Falling in love orang Jawa kata. Jatuh cinta buat kesekian kalinya.
Jatuh cinta lagiOkeh, jangan salah anggap. Sebenarnya saya telah jatuh cinta dengan televisyen di rumah. Penangan tahun baru memang sangat dahsyat. Mak cik saya ajak keluar pun saya tak mahu ikut sebaliknya saya hanya mahu tinggal di rumah KESEORANGAN menonton TV. Tak ke jatuh cinta namanya tu. Untuk pengetahuan, rumah saya memang tidak ada Astro, tapi kami dapat menonton siaran dari Singapura. Maklumlah Batu Pahat kan terletak bersebelahan Paris. Tak percaya pergi cari di Google Map. Engkau tahu nanti. HAHAHA.
Lagi-lagi ku jatuh cinta
Aku jatuh cinta
Kepada setiap ......
song by Matta
Cerita-cerita di Channel 5 memang best. Memang menjadi kegilaan saya. Tidur lambat pun saya sanggup. Habit saya dah mula balik. Masa di kampus pun saya memang seorang yang berkaki TV. So, habit tersebut dah datang balik. Memang naya. Every night saya akan duduk depan TV sambil peluk bantal besar saya. Heaven tahu. Dengan coklat dekat sebelah, pastu ada secawan air Milo. Memang dahsyat. Nasiblah saya perlu bangun awal keesokan hari sebab perlu bekerja, kalau tak mesti saya akan tidur jam4 - 5 pagi. Bil elektrik siapa nak bayar nanti? HEHEHE.
Dah la, nanti saya melalut pula. Nama pelakon lelaki kacak yang menjadi kegilaan pun nanti akan dihebohkan. Okeh, mari letak tanda noktah sama-sama.
0 comments:
Post a Comment