Okeh. Aku bukan nak cakap pasal ada domain atau apa. Aku cuma nak cakap pasal semangat budak-budak sekolah zaman sekarang. Aku bukan tujukan pada semua lah, mungkin segelintir je yang terlibat. Tak semua. Diulang TAK SEMUA. Lepas ni jangan salahkan aku pulak. Rata-rata aku baca blog budak-budak sekolah ni (see, free gila aku sampai blog bdak sekolah pun aku baca), kebanyakan diorang akan cerita pasal minat kat budak tulah, minat kat budak nilah. Macam-macam. Mungkin diorang pegi sekolah sebab nak tengok muka budak yang diorang minat. Kalau yang lelaki akan cerita pasal budak perempuan yang dia minat, yang budak perempuan akan cerita pasal budak lelaki yang dia minat. Kalau tak percaya, kau try terjah mana-mana blog budak sekolah ni.
Kenapa diorang nak pikir sampai macam tu ek? Diorang ni taknak belajar betul-betul ke? Umur pun baru setahun jagung. Mak suruh tumbuk sambal belacan pun ntah-ntah tak pandai lagi. Tapi dah sibuk pikir pasal boyfriend/ girlfriend. Takda rasa benda tu tak penting ke? Okeh, mungkin sebab aku dulu sekolah menengah girl school, jadi takda nak minat-minat or berboyfriend-girlfriend ni. Tapi, aku tak pikir macam tu. Sebab aku pikir, pergi sekolah mahu belajar, bukan cari jodoh.
Baru sekolah beb. Entah-entah mamat yang kau minat tu, bila besar tak tau lagi jadi apa. Harap muka je handsome. Perangai tak tahu lagi kan? Banyak lagi masa ya adik-adik. Masuk matriks nanti lagi ramai yang ganteng-ganteng. Yang handsome. Siap pakej. Handsome + bijak bistari. Kan bagus dapat macam tu. Ni, kecik-kecik lagi dah dok pikir nak kawen dengan siapa. Kamonlah. Belum masuk U lagi. Lagi banyak pilihan. Percayalah cakap 'akak' yang berpengalaman ni. Eceh. Poyo betul akak ni.
Belajar dulu dik. Tu yang penting. Yang menjamin masa depan. Soal jodoh tu semua ketentuan tuhan. Tak payah la pening-pening pikir, dia suka aku ke tak? Tapi dia asyik tengok aku je. Ish, cubalah pikir, macam mana nak jadi top student? Sejuk perut ibu mengandung. Aku yang umur dah nak masuk 23 tahun ni pun, tak pernah pikir sampai ke situ. Ehem.
Korang setuju tak dengan aku? Kan? Kan? Budak sekarang ni lebih pentingkan ber'couple' dari pelajaran. Tapi bukan semua macam tu. Segelintir je. Jangan tembak aku pulak lepas ni. Maaflah kepada adik-adik yang ada baca N3 ni lepas tu saket ati and tak puas ati. Boleh perang mulut kat comment box ya. HEHEHE.
**banyak lagi point nak tulis, tapi takut orang bosan nak baca**
8 comments:
he...ada 2 pengalaman nak kongsi.
budak2 sukakan kawan2 ini fitrah.itu kira ok - macamana kalau budak suka dengan cgu...nak couple dengan cgu...
kesimpulan : itu cabaran dunia hari ini.sukar mahu dikawal....semuanya apa yg berlaku mampu mengankat ke2nya keatas.madsudnya suka berpasangan bukan bermadsud untuk undur kebelakang...
pasti kita : yg waras sebagai akak - jangan sampai budak2 lebih2.ngeri !!!!
8-)
ish ish.. saya pulak yg no komen ckgu...
haha, tula sekrang x heran dah. bukan teknologi jek canggih, budak2 pun canggih2 gak..haha
Recent blog post: Sekolah, Syurgaku @ Nerakaku?
tau xpe..ada yg lebih advance dlm segala hal.. :-D
ala standard la tu..
aku dulu zmn skol cikit nyer playboy..
tapi masuk matrik n u, aku da jadi ok la..hehe
saye rasa gila samasa saye sekolah cikgu saye semua gila kecuali cikgu karim.baharudin hisham yang paling gila.
erm...law stkat cple cm uw x pew ur,,.jgn smpy 'trlnjur' lak ty.
budak zaman sekarang ni,iskkkkk
Post a Comment