• Post Title 1

    Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Quisque sed felis. Aliquam sit amet felis. Mauris semper, velit semper laoreet dictum, quam diam dictum urna, nec placerat elit nisl in quam. Etiam augue pede ...

  • Post Title 2

    Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Quisque sed felis. Aliquam sit amet felis. Mauris semper, velit semper laoreet dictum, quam diam dictum urna, nec placerat elit nisl in quam. Etiam augue pede, molestie eget, rhoncus at, convallis ut, eros. Aliquam pharetra. Nulla ...

  • Post Title 3

    Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Quisque sed felis. Aliquam sit amet felis. Mauris semper, velit semper laoreet dictum, quam diam dictum urna, nec placerat elit nisl in quam. Etiam augue pede, molestie eget, rhoncus at, convallis ut, eros. Aliquam pharetra. Nulla ...

  • Post Title 4

    Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. In dapibus. In pretium pede. Donec molestie facilisis ante. Ut a turpis ut ipsum pellentesque tincidunt. Morbi blandit sapien in mauris. Nulla lectus lorem...

BAHAGIA YANG SEMENTARA

Jiwa saya sangat sibuk hari ni. Kesibukan di office pun tiada bandingnya. Serius memang sangat sibuk (jiwalah, kalau aku sibuk sangat dekat office mesti tak update blog kan?). 2008 hanya tinggal beberapa hari saja and aku pun dah start fikir macam-macam plan for next year. Bila tahun baru tiba, maka umur pun akan meningkat. Bila umur meningkat, usia semakin singkat (pe belit sangat ni).

Spastik up your life. Tu yang aku nak cakap sebenarnya. Sampai bila aku nak jadi kanak-kanak separa dewasa (sebenarnya orang dewasa yang keanak-anakan) yang kelihatan sedikit spatik apabila berada di dalam kelompoknya tersendiri. Spastik yang aku maksudkan bukanlah spastik yang cacat atau ang seangkatan dengannya. Spastik aku adalah lain, susah nak klasifikasikan macam mana. Sampai bila la aku nak macam ni. Jiwa memang tak matang langsung. Asyik pikir nak main je. Tak pernahnye serius.

Sebab tu lah aku cakap jiwa aku sibuk. Sibuk memikirkan masa depan. Ehem, masa depanlah. Mempunyai karier yang dapat menjamin kehidupan, mempunyai life and family yang bahagia, ehem lagi. Berjumpa dengan Mr. Right, lagilah ehem. Tu yang sibuk sangat jiwa nih. Pikiran masih tak matang, boleh pulak nak pikir macam-macam. Tapikan, tanpa angan-angan setiap impian dan cita-cita tu takkan dapat jadi kenyataan. Tapi kenalah disertakan dengan usaha. Kalau setakat berangan je tapi tak usaha, jawabnya sampai bilalah angan-angan tu takkan jadi kenyataan.

Sibuk betullah jiwa sejak kebelakangan nih. Sibuk sangat. Tapi semalam terasa bahagia sekejap. Tiba-tiba Mr. X telefon. Walaupun kami dah tak ada apa-apa hubungan lagi, tapi tiba-tiba dapat rasa bahagia sekejap. Ehem, no hidden meanings okay! Ahhh, abaikan cerita ni.

Sebenarnya hari tu aku mengalami satu mimpi yang sangat pelik yang sungguh menakutkan aku. Sebelum masuk waktu Zohor, aku tidur sekejap sementara nak tunggu masuk waktu. Tapi aku tertidur lama samapi pukul 2 lebih pulak. Masa aku tidur tu tiba-tiba aku rasa macam susah sangat nak bernafas tapi otak aku masih lagi dapat berfungsi. Dalam erti kata lain aku sedar yang aku tengah mimpi time tu. Dah la susah bernafas, lepas tu satu badan aku tak boleh nak gerak and aku rasa badan aku jadi sejuk. Masa tu tak payah cakaplah, aku punya takut kalau-kalau aku mati masa tu sebab aku tak solat Zohor lagi. Dalam pada kejam tu, aku sempat mengucap dua kalimah syahadah, takut-takut aku betul-betul nak mati. Tapi, aku try jugak nak gerakkan badan aku, and still tak boleh. Yang boleh digerakkan cumalah jari kaki kanan sahaja. Aku pun cuba la gerakkan kaki tu, and at last aku dapat jugak bagun daripada mimpi yang aku rasa macam bukan mimpi tu. Nak kata aku kena tindih, so far kat rumah aku memang tak ada benda-benda macam tu. Tak pernah. Aku jadi cuak, cepat-cepat aku bangun, pergi mandi lepas tu aku terus solat Zohor. Cuak gila aku time tu. Cuak tau, amalan pun ciput je, kalau mati jawabnya lambatlah aku masuk syurga. HUHUHU.

Sampai sekarang aku rasa takut nak tidur kalau tak solat lagi. HUHU, tak nak pisang berbuah dua kali (aik?). Serius lah, bukan tipu punya. Tak de main-main kali ni.


pengalaman ngeri kena guna font kaler merah..
HUHU

2 comments:

budak cari hari said...

oh.sy juga pernah mengalami perkara similar dgn yang berwarna merah itu.huhu

my name is Ain said...

ye ke?? huhu...seram kan?

Post a Comment

Blog Kita

Blog Kita
 
Copyright © ini sebuah kisah. Original Concept and Design by My Blogger Themes | Tested by Blogger Templates | Best Credit Cards