Kegelisahan hati serta keresahan jiwa semalam terjawab apabila mummy menelefon aku tepat pukul 5.25 ptg yang kebiasaannya dia sudahpun berada di perkarangan office aku pada waktu itu. Rupa-rupanya mummy ditimpa kemalangan, dan keadaan kereta sangat teruk. Mummt tidak apa-apa cuma a bit shock and saya pun perasan masa dia balik rumah muka dia pucat dan semacam nak menangis. Mananya tak terkejut kalau dah accident dengan lori. Nasiblah tak apa-apa. Kereta diseret oleh lori besar itu. Side mirror tak payah cakap, sebab macam dah tak wujud dah. Tersepit di bawah tangki minyak. Tayar depan pun pecah. Bumper depan pun, tak payah tanyalah keadaannya. Kalau bawa kereta kebal maybe tak apa-apa kot. Tu lah nasibnya kalau bawa kereta buatan Malaysia. Lori baru nak main senggol-senggol dah kemek sana, rabak sini. Macam-macam. HAHAHA (bukan niat nak kutuk kereta nasional, cuma bagi pandangan sahaja).
Apa? Number plate kete ape? Nak wat ape? Nak hentam nombor kot-kot kena lah tu. Sorilah beb, gua tak main hentam-hentam nombor ni. HARAM!. Nasiblah aku tak ada masa tu, kalau tak mau aku demam seminggu. Huh, trauma dan fobia. Bandar tempat aku tinggal ni bukanlah bandar yang besar sangat pun macam KL atau JB, tapi kesesakan tu pun kadang-kadang boleh dikatakan hampir serupa especially time-time puncak, orang balik kerja. Memang jam, rugi kalau tak beli roti. So, pengajarannya, berhati-hati dijalan raya. Tamat dah.
Timbul satu perasaan.
Malas nak ngadap blog sendiri.
Malas nak buat entry.
0 comments:
Post a Comment