Em, sempena musim korban ni, nak tanya sikit. Apa yang korang dah korbankan (cakap macam bagus je). Yela, sesiapa yang berkemampuan dah pun menunaikan tanggungjawab dengan melaksanakan ibadah korban tersebut. Bagi sesiapa yang belum mampu untuk berkorban ni, apa pengorbanan yang sebenarnya yang kita dah buat?
Aku sendiri pun dah melakukan pengorbanan pada musim korban nih. Korban yang pertama, aku korbankan masa aku tolong mak aku potong daging lembu yang sebanyak 4kg tu untuk membuat satay. Semalam kitorang satu family bakar satay. Sedap tol. Siang-siang aku dah sound mak aku, tahun depan tak yah susah-susah nak pikir masak apa kalau dapat daging lembu, buat satay je senang. Sedap pun ye jugak.
Selain mengorbankan masa aku memotong daging, aku juga mengorbankan masa aku membuat kek coklat yang ditempah oleh manusia yang dah ketagih dengan kek coklat buatan tangan aku nih. HAHAHA. Penat gila, balik-balik kerja je dah kena buat kek. Tak yah cakap la dia punya letih.
Dan, pada aku, pengorbanan yang paling besar yang aku dah buat tahun ni adalah mengorbankan mahkota kesayangan aku yang aku dah jaga sejak sekian lama. Haaaa, jangan pikir lain lak. Mahkota yang aku maksudkan adalah rambut kesayangan aku lah. Sebelum ni, aku memang tak pernah berambut pendek, tapi disebabkan aku telah membuat niat untuk mengorbankan rambut aku yang dah panjang gila sampai jejak tanah tu (tipu sangat), maka aku pun telah memotong rambut tersebut dan kelihatan muka aku seperti budak-budak sekolah gitu (mak aku yang cakap, aku tak buat cerita). Sedih tu sedih la jugak, tapi aku bangga dengan diri aku sebab aku mampu jugak korbankan rambut aku setelah ramai sangat orang yang dengki nak potong rambut aku kasik pendek (dengki n jealous dengan rambut aku).
Sekarang ni pun aku tengah buat pengorbanan jugak nih. Korban masa rehat aku, sebab nak update blog yang dah terbiar berapa hari nih. Korban jugak tuh. Lepas tu, aku kena korbankan pulak niat aku nak online sebab bos dah pesan, lepas siap kerja hari nih, dia suruh tutup internet atas sebab-sebab tertentu. Sebab tu aku boleh terima la sebab munasabah. WAAAAAA.
Em, apa pulak pengorbanan yang korang dah buat? (pesal aku cakap macam bagus sangat hari nih?? HAHA. Abaikan je lah)
Aku sangat bz hari ni dan semalam.
Bila free aku skodeng bloh korang.
3 comments:
uh.... aku korbankan tenaga aku untuk masak. terkorban sekali masa tido aku 4 jam. huhuhuh........
Selamat Hari Raya Qurban!
Hope U had a good one!
WAI>> haha..korban jugak tuh..huhu
versedAnggerik>> selamat hari raya korban juga kak..
Post a Comment