• Post Title 1

    Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Quisque sed felis. Aliquam sit amet felis. Mauris semper, velit semper laoreet dictum, quam diam dictum urna, nec placerat elit nisl in quam. Etiam augue pede ...

  • Post Title 2

    Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Quisque sed felis. Aliquam sit amet felis. Mauris semper, velit semper laoreet dictum, quam diam dictum urna, nec placerat elit nisl in quam. Etiam augue pede, molestie eget, rhoncus at, convallis ut, eros. Aliquam pharetra. Nulla ...

  • Post Title 3

    Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Quisque sed felis. Aliquam sit amet felis. Mauris semper, velit semper laoreet dictum, quam diam dictum urna, nec placerat elit nisl in quam. Etiam augue pede, molestie eget, rhoncus at, convallis ut, eros. Aliquam pharetra. Nulla ...

  • Post Title 4

    Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. In dapibus. In pretium pede. Donec molestie facilisis ante. Ut a turpis ut ipsum pellentesque tincidunt. Morbi blandit sapien in mauris. Nulla lectus lorem...

ERTI HIJRAH YANG SEBENAR-BENARNYA..

Warning:
Entri ini terlalu panjang. Kalau tidak berminat untuk membaca, baik tinggalkan sahaja. Kerana inilah peristiwa hijrah yang terbesar dalam hidup aku yang aku ingin kongsikan bersama. And it's too personal actually. Tapi aku tak kisah untuk berkongsi. Apa korang nak kata, aku tak peduli.
"Salam Maal Hijrah, ku doakan agar tahun baru ini Allah memberikan kita hidayah, rahmat dan petunjukNya. Semoga terhindar dari godaan syaitan. Semoga pintu rezeki kita diperluas. Semoga kita semua terus dalam dakapan kasih sayangNya. Semoga Allah memperkukuhkan lagi iman kita dan menerima taubat kita. Ayuh, lakukan perubahan, tingkatkan ibadat dan dekati Allah. Semoga Allah sentiasa bersama-sama kita. Amin. " message received from Mr. X
Aku benar-benar bersyukur dibesarkan dalam keluarga yang serba sederhana tapi cukup kaya dengan kasih sayang. Selagi kecil lagi aku sedar diri aku siapa, yang aku hanyalah seorang anak angkat. Ya, anak angkat. Memang aku tidak pernah menceritakan kisah ini kepada sesiapa, kerana keluarga aku sudah berpesan, jangan mengungkitkan lagi perkara tersebut kerana mereka menerima aku seadanya. Aku bukanlah insan yang lahir atas paksaan, tapi aku dilahirkan dengan satu ikatan yang sah. Tapi, kenapa aku diambil sebagai anak angkat aku tidak tahu. Dan aku tidak berani untuk mengambil tahu kerana aku takut emak akan berkecil hati. Aku pernah juga beberapa kali bertemu ibu kandungku tapi kami seakan tiada chemistry. Aku diambil sebagai anak angkat sejak aku berumur 2 bulan lagi.

Aku dibesarkan dengan satu suasana yang sangat sederhana. Emak membesarkan aku dengan wang hasil menghantar nasi lemak di warung, mengambil upah membuat kuih dan pelbagai lagi. Cakap saja apa pekerjaan yang emak tak pernah buat, semua dia pernah buat semata-mata untuk melihat aku dibesarkan dengan suasana yang cukup sempurna. Aku tidak pernah mengeluh, tapi aku cukup syukur dibesarkan begitu, sekurang-kurangnya aku dapat menghargai pengorbanan yang telah emak lakukan. Semasa emak mengambil aku sebagai anak angkat, emak belum lagi berkahwin dan pada masa itu emak berumur 29 tahun.

Aku turut dibesarkan oleh seorang ibu susu yang menumpangkan aku meyusu badannya ketika itu. Ibu susu aku merupakan kakak kepada emak aku. Hubungan keluarga susu dan aku memang cukup rapat dan mereka juga telah menganggap aku seperti keluarga mereka sendiri. Ketika aku berumur 10 tahun, emak berkahwin dengan seorang duda yang mempunyai anak seramai 8 orang. Pada mulanya aku tidak setuju, tapi aku kasihankan emak. Selepas emak berkahwin, aku pun turut berpindah mengikut emak sebab emak cakap kalau nak kahwin dengan emak, kena terima aku juga. Abah setuju malah abah turut menganggap aku seperti anaknya sendiri. Anak-anak abah yang lain pun sama.

12 tahun dah berlalu, masing-masing sudah dewasa dan timbul pelbagai perasaan. Aku amat beruntung kerana aku dapat melanjutkan pelajaran ke Universiti sedangkan anak-anak abah tidak ada seorang pun yang dapat berbuat demikian. Abah pun turut menumpang bangga kerana dia telah melihat aku mengambil ijazah pada bulan Ogos lalu. Tapi kebahagiaan yang aku perolehi cuma sementara.

Anak-anak abah rupanya cukup cemburu dengan kehadiran aku di rumah mereka. Terutama sekali anak abah yang perempuan. Anak abah yang perempuan cuma ada dua, yang sulong berumur 29 tahun, telah berkahwin dan yang kedua bungsu berumur 20 tahun, masih belajar. Mereka kata abah berat sebelah kerana asyik menangkan aku sahaja sedangkan anak sendiri tidak pernah dibuat sebegitu. Perbalahan ini bermula pada hari Sabtu lepas, 27 Disember 2008, satu tarikh yang aku takkan lupa sampai bila-bila.

Anak buah aku yang berumur 4 tahun boleh mengatakan yang aku ni bukan sedaranya. Bagaimana dia boleh tahu sedangkan dia masih kecil. Kenapa mesti dia nak cakap macam tu? Aku cukup sedih dan mengadu kepada emak. Emak cakap, tak pa, sabarlah nanti mak cakap dengan abah. Tapi tak sempat emak cakap dengan abah, petang tu aku dengar bunyi bising dalam rumah sebab masa tu aku dekat luar sedang sapu sampah. Tiba-tiba emak panggil aku, suruh aku masuk dalam. Dan aku nampak emak dengan kakak (anak abah yang sulong) sedang bertekak. Bila aku masuk, emak suruh aku ceritakan apa yang anak dia dah cakap pada aku.

Pada masa tu, hanya tuhan saja yang tahu macam mana perasaan aku. Menggeletar seluruh badan aku. Bila aku mula bercakap, aku terus menangis. Aku tak dapat menahan sebak. Aku cakap yang anak dia cakap aku bukan sedara. Macam mana budak kecil boleh tahu kalau tidak ada orang besar yang beritahu. Aku keluarkan semua yang terbuku kat kepala aku. Semua yang dia kata pada aku, semua aku keluarkan. Aku tekad, apa nak jadi, jadilah. Aku dah tak peduli sebab selama ni memang aku sabar dengan kerenah dia.

Hari raya 2 tahun lepas, masa sesi meminta maaf, kakak ada cakap pada aku dan aku takkan lupa sampai bila-bila. " Lepas habis belajar ni, jangan kawin dulu. Bayar hutang mak bapak. Dah habis bayar hutang baru fikir pasal kawin," Kalau korang jadi aku, apa korang rasa? Siapa dia nak tentukan hidup aku? Aku diam, dan mengadu pada emak. Emak suruh aku sabar. Hari Raya yang lepas pun berlaku juga perkara yang sama semasa sesi meminta maaf. Dia cakap macam ni, tapi aku tak berapa ingatlah. Lebih kurangla, " Walaupun kita ni bukan sedara, tapi akak buat ni semua untuk keluarga kita ........." Hello, sangat annoying okeh. Tak payah mention perkataan "bukan sedara" tu boleh tak? Kau tak berada kat tempat aku, memang kau tak tau apa yang aku rasa.

Semua aku ungkit, sebab hati aku dah sakit sangat. Rupa-rupanya dia cemburu sebab abah selalu layan aku dengan baik. Abah macam dah tak anggap dia macam anak abah dia kata. Sampaikan duit aku ambil lesen kereta pun dia nak persoalkan. What the F**k? Aku ambil lesen kereta hasil duit aku buat part-time masa aku belajar dekat UKM dulu. Aku tak pernah cakap kat dia, takkan aku nak kecoh-kecoh. Aku tahu, kami bukan keluarga yang kaya, sebab tu aku usaha sendiri untuk ambil lesen. Aku tak minta duit mak abah. Aku tahu diorang pun ada tanggungan lain. Dia ingat, aku ambil lesen pakai duit bapak dia. Eh, sori la, aku bukan orang macam tu. Aku kalau anak kan sesuatu, aku akan usaha sendiri. Aku takkan guna duit mak bapak aku okeh. Kau salah orang, lainlah adik kau tu. Aku dah geram sangat, sampaikan aku rasa aku jadi orang kurang ajar petang tu. Aku jerit kat dia ;
"Kau ingat, aku nak sangat ke duduk sini? Aku duduk sini pun sebab mak ada kat sini. Kalau mak dah tak da, tak hinginlah aku nak duduk kat rumah ni. Kau tunggu lah satu hari nanti, bila aku dah kaya hasil titik peluh aku sendiri, aku dah ada kereta , aku dah ada rumah, time tu kalau kau susah, jangan kau terhegeh-hegeh datang dekat aku. BOLEH BLAH!"
Sampai macam tu aku cakap sebab aku dah tak tahan dengan perangai dia yang suka control hidup orang lain. Aku terus kemas beg aku, dan aku call Mummy suruh amek aku kat rumah. Aku cakap aku dah tak nak duduk sini lagi sebab diorang semua dah tak anggap aku keluarga diorang. Aku lebih rela duduk rumah anak yatim daripada bersemuka dengan manusia yang berhati busok macam dia. Aku tahu dia cemburu sejak aku masuk universiti lagi. Sebab dia belajar setakat tingkatan 5 je.

Ya Allah, kuat sungguh dugaan yang kau beri pada aku. 2 hari berturut-turut aku nangis, sebab aku sedih sangat. Even mak aku pun tak pernah nak aturkan apa yang aku perlu buat. Mak aku didik aku dengan sempurna, aku tahu apa yang aku perlu buat. Sampaikan duit gaji aku pun dia persoalkan. Aku ada bagi abah atau tak semua dia nak tahu. Memang s***.

Aku bukan nak buruk kan sesiapa dalam hal ni. Masing-masing lakukan kesilapan. Aku dah minta maaf semua, tapi keputusan aku untuk keluar dari rumah tu memang tetap dan takkan berubah. Sebab hati aku cukup-cukup terluka. Biarlah ke mana pun aku pergi, asalkan hati aku tak dilukai lagi. Cukuplah.

Apa yang aku nak minta kat sini, janganlah pandang hina pada manusia macam aku. Aku tak pernah minta dilahirkan macam ni. Begitu juga pada anak luar nikah yang dilahirkan tanpa ikatan yang sah. Janganlah memandang serong pada mereka. Bukan salah mereka. Aku tak pernah pasang niat nak merampas kasih sayang sesiapa, apa yang aku minta cuma mahu menumpang kasih sayang. Tapi keikhlasan aku disalah ertikan. Sebelum ni aku kelihatan gembira sentiasa, tapi itu hanya luaran, di dalam tak ada siapa yang tahu derita yang aku tanggung. Yang mereka tahu, sakitkan hati aku, lukakan hati aku.

Sekali lagi. Aku tak minta simpati sesiapa, cuma aku minta rasa hormat sesama manusia. Jangan pandang hina pada manusia lain. Kita semua ada perasaan, ada akal fikiran. Bagaimana pula kalau anda yang berada di situasi aku? Mesti korang sakit hati. Tak payah nak simpati pada aku, sebab aku tau tak semua manusia boleh terima manusia macam aku. Pikirlah dulu sebelum sakitkan hati orang, kelak Allah sentiasa di sisi manusia yang derita.
Segala yang baik datangnya daripada Allah, dan yang buruk juga datangnya daripada Allah tapi atas kelemahan diri aku sendiri. Aku minta maaf di atas segala salah dan silap yang ada aku lakukan pada semua, dan aku mengharapkan satu kehidupan yang tenang dan aman sahaja.
Inilah pengorbanan dan hijrah yang terbesar yang pernah aku lakukan. Aku terpaksa meninggalkan insan yang paling aku sayang, membawa diri demi kebahagiaan manusia yang sakit hati melihat kejayaan aku. Semoga Allah sentiasa merahmati kamu.


12 comments:

- jinggo - said...

Ain : saya baca dari mula sampai hujung.itu hidup dan rezaki + nasib ain...kenapa mesti bersedih.Bersedih sebab kita bukan malaikat kan...tapi ( saya ) pun terkedu membaca...

tapi ginilah ain.saya belajar dan diajar dan seterusnya mengajar untuk menhilangkan kerut merut kehidupan...kita disini bukannya untuk dihukum macam tu...ulang.kita disini bukan untuk dihukum....

Ain berhadapan dengan manusia2 yg cukup angguh dan sombong dengan dunia mereka tafsirkan mereka betul......jangan kahwin sebelum bayar hutang makayah....APA AIN NAK SOMBONG JUGA....

Untuk hari ini dan seterusnya ; tersenyum.redha.ceritakan pada kawan2 terdekat......kerana kita bukan MALAIKAT.sebab tidak ada buruknya ain.malah mungkin ain lebih baik daripada orang2 yg sombong + angguh....sekarang pilihan ditangan ain.pilih hidup yg terbaik...

missy suzi said...

cam siyal noh kakak ko tuh..
aih,ko maki jew blk
kite pon sabar de limit wei..
xpe ain!!im with u!!
hope ko ok n hepi..

*kang dh kaye,ko langgar die dgn mercedez ko!!settle.kehkeh~

mademoiselle ain said...

jinggo::
speechless dah..xtau nak kata apa...


suzy::
aku mls nak maki2..
aku xsuka..
sbb aku still lg ada rs hormat pd dia..
tp tu lah manusia...
rambut pun dh tak sama hitam..
inikan lagi hati...
banyak noda mungkin..
tp kita manusia..
siapalah utk menilai..

shoot_syuhada said...

sy ingt dlm drama je ade cm ni...realiti jge wujud...apepn ni sumer ujian dr Allah s.w.t...kuatkn iman, tabahkn ht...life must go on!!!!

nurfateen amalina said...

ain..kite agak2 same..tem family sy ade kat luar negeri,sy duk ngn nenek..tp my aunt n anak dea salu cari pasal..sampaikan sy tegur nenek sy agar solat pon dea kate "ko pon baru kenal sejadah sehari dua,jgn nak ajar org"...n mcm2 lagi..sampaikan,my mum kirim duit,n xbagi mkn kat rumah nenek.suh mkn kat luar.

ain sabar yek...:)
semoga ain dpt lalui hari2 mendatang dgn tabah

mademoiselle ain said...

shoot::
erm..boleh baut drama..huhu


fateen::
hidup kat dunia ni mmg mcm2 dugaan..
cuma bgantung pd diri kita samada mampu menanggung atau tak..
tp kes sy..
i can't...

goasop said...

ain.. u boleh! sebab tu Allah bagi ujian ni kat u.

Allah tidak akan membebani seseorang diluar kemampuannya. (al-Baqarah:286)

kuatkan semangat. abaikan mereka yang memperbodohkan diri mereka sendiri. be smart. teruskan kehidupan dengan senyuman.

=)

insyaAllah, Dia akan sentiasa berada disisimu.

mademoiselle ain said...

goasop::
thanx...
yaeh, i'm better now.
bit better..

chika said...

Ain,
Kita tahu semua cerita ni. Kita tahu semua cerita (hampir semua mungkin). Kita pon tumpang sedih. Sebak betul baca. Terbayang muka mak awak. Mak awak yang penyabar dan sayang anak tiri tu. Terbayang muka ayah awak. yang walaupon takde pertalian darah langsung dengan ayah, tapi tengoklah macam mana dia jaga awak. Dia lembut je.

Tak pela Ain. Memang kesabaran manusia tu terbatas. Memang pedih nak terima reliti hidup yg macam ni sedangkan orang lain tak payah lalui konflik keluarga macam ni. Tapi yang penting, awak kena jaga mak awak. Sebab yang lain tu bukan anak2 dia.

Jangan lupa jasa mak dengan abah je. Itu paling penting. Kuatkan hati. Memang pedih benda macam ni. KIta tau. Life awak memang tough Ain. Satu hari nanti semuanya akan berubah. Percayala :) Allah tu Maha Adil :)

mademoiselle ain said...

chika::
awk, thanx sgt2.. walaupun awk ddk sebilik ngan kita cuma setahun, tp awk cukup memahami kte.. sdgkan org yg dh ddk hampir 12 tahun xpernah fhm perasaan kita....

ya, kte akui mmg kdg2 kte rs mcm xnk hdup lg kat dunia ni sbb rs xmampu nak pikul semua ni..i can't.. tp semua ni qada' dan qadar..kita terima seadanya...

insya-allah, walau apa pn blaku, kite akan ttp jaga mak kita...dialah satu2 nya yg kita ada kat dunia ni..selain kwn2 yg cukup memahami..

waaa...pagi2 dah sedey bace comment awk..awk..thanx! really appreciate that..

JEJAKA SEPI said...

Sabar adalah satu sifat yang mulia. Dengan sifat sabar, kita bisa merubah lawan menjadi teman. Orang-orang yang sabar mempunyai keuntungan yang besar:


„Dan tidaklah sama kebaikan dan kejahatan. Tolaklah (kejahatan itu) dengan cara yang lebih baik, maka tiba-tiba orang yang antaramu dan antara dia ada permusuhan seolah-olah telah menjadi teman yang sangat setia.

Sifat-sifat yang baik itu tidak dianugerahkan melainkan kepada orang-orang yang sabar dan tidak dianugerahkan melainkan kepada orang-orang yang mempunyai keuntungan yang besar.“ [Fushilat:34-35]


Allah menjanjikan surga kepada orang-orang yang sabar:


„Dan bersegeralah kamu kepada ampunan dari Tuhanmu dan kepada surga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertakwa,

(yaitu) orang-orang yang menafkahkan (hartanya), baik di waktu lapang maupun sempit, dan orang-orang yang menahan amarahnya dan mema’afkan (kesalahan) orang. Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebajikan.“ [Ali Imran:133-134]


Ketika Abu Bakar tersinggung pada kerabatnya yang turut menyiarkan fitnah terhadap anaknya ‚Aisyah dan ingin menghentikan bantuan, turun ayat Allah yang melarang itu:


„Dan janganlah orang-orang yang mempunyai kelebihan dan kelapangan di antara kamu bersumpah bahwa mereka (tidak) akan memberi (bantuan) kepada kaum kerabat(nya), orang-orang yang miskin dan orang-orang yang berhijrah pada jalan Allah, dan hendaklah mereka mema’afkan dan berlapang dada. Apakah kamu tidak ingin bahwa Allah mengampunimu? Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang“ [An Nuur:122]


Memaafkan orang bisa mendapat pahala dan lebih utama:


„Dan balasan suatu kejahatan adalah kejahatan yang serupa, maka barang siapa memaafkan dan berbuat baik maka pahalanya atas (tanggungan) Allah. Sesungguhnya Dia tidak menyukai orang-orang yang zalim.“ [Asy Syuura:40]


„Tetapi orang yang bersabar dan mema’afkan, sesungguhnya (perbuatan ) yang demikian itu termasuk hal-hal yang diutamakan.“ [Asy Syuura:43]


„Jika kamu melahirkan sesuatu kebaikan atau menyembunyikan atau memaafkan sesuatu kesalahan (orang lain), maka sesungguhnya Allah Maha Pema’af lagi Maha Kuasa.“ [An Nisaa’:149]


Kadang dalam rangka taushiyah/dakwah orang sering berkata-kata buruk terhadap orang yang tidak sepaham. Padahal dalam surat Al Ashr kita diperintahkan untuk melakukannya dengan cara yang baik dan dengan kesabaran:


„kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasehat menasehati supaya mentaati kebenaran dan nasehat menasehati supaya menetapi kesabaran.“ [Al Ashr:3]


Allah tidak suka dengan orang yang suka mencaci orang lain:


„Allah tidak menyukai ucapan buruk, (yang diucapkan) dengan terus terang kecuali oleh orang yang dianiaya. Allah adalah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.“ [An Nisaa’:148]


Allah cinta dan bersama dengan orang-orang yang sabar:


„Dan taatlah kepada Allah dan Rasul-Nya dan janganlah kamu berbantah-bantahan, yang menyebabkan kamu menjadi gentar dan hilang kekuatanmu dan bersabarlah. Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar.“ [Al Anfaal:46]


Allah menyuruh kita sabar dan melarang kita marah meski kita dalam keadaan benar. Lihat bagaimana Allah mengecam Nabi Yunus yang marah kepada ummatnya yang jelas-jelas kafir:


„Maka bersabarlah kamu (hai Muhammad) terhadap ketetapan Tuhanmu, dan janganlah kamu seperti orang yang berada dalam (perut) ikan ketika ia berdoa sedang ia dalam keadaan marah (kepada kaumnya).“ [Al Qalam:48]


Menjadi orang yang sabar memang sulit. Sangat sulit. Mudah-mudahan Allah SWT memberi kekuatan bagi kita hingga bisa jadi orang yang sabar dan dekat denganNya.

Wassalamu’alaikum wr wb

Mohd S Ismail said...

Ain.. Baik2 jaga diri kat luar tu.. Cabaran di luar lg berat dr yg awak lalui di rumah dulu.. Take care.. May Allah Bless u..

Post a Comment

Blog Kita

Blog Kita
 
Copyright © ini sebuah kisah. Original Concept and Design by My Blogger Themes | Tested by Blogger Templates | Best Credit Cards