Seorang rakan (ehem, betul la rakan) telah menghantar mesej menyuruh aku memandang kelangit. Cepat-cepat aku lari keluar rumah macam rumah aku dah terbakar nak panggil bomba suruh padam api. Cari-cari tak nampak pun bulan, yang aku nampak hanyalah bintang je. Nak keluar segan pulak sebab ada one group budak lelaki ni tengah lepak-lepak tak jauh je dari rumah aku. Tapi sebab nak sangat tengok apa yang pelik yang telah berlaku kepada bulan dan bintang, maka aku pun tak peduli terus berlari anak ke luar rumah dengan memakai baju tidur tersebut (sangat malu at that time, tapi tebalkan muka jugak). Ternganga mulut aku, tercengang, terbangak, terkesima... dan semua yang TER lah (tak TERmasuk terkentut ye). Kesian betul siapa yang tak dapat tengok semalam, takpa, aku sangat baik hati. Semalam memang hari berlari sedunia. Lepas berlari keluar nak tengok bulan dan bintang, aku berlari pulak ke dalam untuk mengambil camera aku. Camera cikai aku tu la.
Tak berapa jelas...
Tangan saya parkinson sekejap..
Owh...
Saya ingatkan hanya parkinson sekejap..
Tapi lama jugak..
Lihat saja Gambar ini..
Bulan dan bintang ketawa sampai bergegar menggelakkan saya..
Ok, this one much better la dari tadi.
Tapi..
Still ada jugak parkinson...
Hati saya memang sangat tersentuh melihat kejadian alam yang ajaib-ajaib macam ni (like jakun la). Dalam hati hanya mampu memuji kekuasaan Allah. Lepas je mengambil gambar, saya pun melakukan tanggungjawab saya seperti biasa, iaitu mensiram pokok. Kawan saya yang tadi cakap macam cerita P. Ramli pulak siram pokok malam-malam. Ye ke? Saya tak tahu sebab saya tak berapa gemar menonton filem dulu-dulu. Ngee~. Jangan marah saya okeh. Memang saya tidak gemar. Kalau emak saya buka siaran yang ada that type of story, memang saya lari masuk bilik. Kunci lepas tu tidur lagi best.
Saya punyalah terkejut bila saya terlihat satu lagi keajaiban yang menunjukkan betapa hebatnya kuasa Allah. Tak percaya, saya belek dua tiga kali. Saya terkejut, memang terkejut sambil menjerti-jerit panggil mummy. Macam orang gila i tell you. HAHAHA.
(pandangan dari depan)
See! Saya dah cakap, bunga ini bukan sebarang bunga yang terdapat di mana-mana. Bunga ini adalah bunga kembar. Kembar siam.. Ngee~
(pandangan dari depan)
Pada mulanya memang saya terkejut. Tapi sekarang tidak lagi. HAHAHAHA. Tiba-tiba terasa bangga sebab mempunyai bunga kembar (dengan harapan suatu hari nanti mendapat anak yang kembar juga). Takda kaitan langsung.
(pandangan dari belakang)
0 comments:
Post a Comment