Hari ni pun masih sakit lagi. Aku tak tahu la apa nak jadi, bila makan sakit perut akan datang. Bila tak makan tak pulak sakit. So, aku membuat kesimpulan bahawa aku tidak perlu makan bagi mengelakkan sakit perut. And semalam aku berjaya tidak menyentuh walaupun sebutir nasi dan aku sangat bangga kerana sebelum ini aku dan nasi memang tidak dapat dipisahkan. Sehari tidak ketemu nasi aku rasa seperti telah dijatuhkan talak(ada kaitan ke nasi dan talak?). Abaikan.
Sebenarnya semalam telah bermimpikan untuk membuat satu entry yang indah, tapi lain pulak jadinya. Maka, entry yang indah itu hanya aku sahaja yang tahu dan telah dibatalkan daripada dikongsi bersama orang ramai. Jangan tanya aku kenapa, sebab nanti perut aku akan bertambah sakit (ada kaitan ke ?). Tak apalah.
Hari ini aku akan berlagak happy di depan bos, staff lain serta customer walaupun aku tak happy pun sebenarnya dengan keadaan perut aku ni (kesian perut kerana dijadikan alasan). Kesakitan perut yang dialami tiada kaitan langsung dengan PMS ye. Memang tidak sama sekali. Rasa sakit ni mengingatkan aku masa aku sekolah dulu, masa aku qualified untuk wakil daerah bagi acara balapan. Tapi aku tak dapat turut serta sebab kesakitan dalam perut seperti ini lah. Kalau tidak, aku rasa mesti aku dah jadi olahragawati seperti Azura(DJ HotFm yang dulunya pelari negara). Ha ha ha. Berangan tidak sudah. Tidak apa, angan-angan adalah sangat perlu, kerana dengan adanya angan-angan kita akan berusaha untuk mencapai angan-angan tersebut.
So, sekarang aku nak berangan dulu, dah abes berangan nanti aku sambung balik. Nk berangan apa ek? Em. Nak ............? Ke ...........? Tak-tak. Nak ............. Ha Ha Ha. Betul-betul. Nak ............
5 comments:
berangan berangan gak tapi jgn lelebih yer..kang len lak jadiknyer!!hehe
haha..berangan sunat tidak apa. haha.
ain2..kamu nih klakar ah..rase cam nak kopi paste ayat kamu masuk blog me..haha..gelak2..
ye!aku suke berangan juge!!
sampai terbang tinggi melayang dan akhirnyaaaa...
melekat di syiling!!
tat's da limit!!deym!! ahhahahahahahahahahaha~
sarah2..kopi paste tak boleh tapi teh paste boleh.. hehe..that's the way i am..
Post a Comment