• Post Title 1

    Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Quisque sed felis. Aliquam sit amet felis. Mauris semper, velit semper laoreet dictum, quam diam dictum urna, nec placerat elit nisl in quam. Etiam augue pede ...

  • Post Title 2

    Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Quisque sed felis. Aliquam sit amet felis. Mauris semper, velit semper laoreet dictum, quam diam dictum urna, nec placerat elit nisl in quam. Etiam augue pede, molestie eget, rhoncus at, convallis ut, eros. Aliquam pharetra. Nulla ...

  • Post Title 3

    Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Quisque sed felis. Aliquam sit amet felis. Mauris semper, velit semper laoreet dictum, quam diam dictum urna, nec placerat elit nisl in quam. Etiam augue pede, molestie eget, rhoncus at, convallis ut, eros. Aliquam pharetra. Nulla ...

  • Post Title 4

    Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. In dapibus. In pretium pede. Donec molestie facilisis ante. Ut a turpis ut ipsum pellentesque tincidunt. Morbi blandit sapien in mauris. Nulla lectus lorem...

Bercuti??..Batal loh

Hampa betul aku sebab hari Jumaat telah digembar-gemburkan akan pergi bercuti, tapi at the end percutian tu dibatalkan. Hu Hu Hu. Memang dah semangat sungguh, siap dah beli macam-macam, beli khemah, Mopiko, maggie, racun sembur haiwan, bantal, bla bla bla(tipu je)..

Disebabkan kereta cuma ada 1 je, so tak boleh diteruskan. 1 kereta dah penuh, and ada lagi orang yang xde kenderaan untuk dinaiki, so aku pun mem'volunteer' untuk men'drive' kereta abah. Mula-mula tak ada masalah, and abah bagi green light untuk aku drive sendiri kereta dia untuk menuju ke destinasi percutian. Tiba-tiba masa petang kawan abah call and mengingatkan dia yang dia perlu attend 1 persidangan yang entah pape ntah hari ahad tu, dari pagi sampai petang.

Lepas tahu dia kena attend persidangan tu, aku pun rancang 1 strategi bagi melaksanakan program percutian di hujung miggu. Lepas dapat gaji hari Jumaat, aku ajak mak dengan abah pergi shopping(beli barang keperluan untuk bercuti kononnya). Dah otw nak balik, abah cakap dia teringin nak makan roti sardin, so aku cakap, " Jom, orang belanja". Wah sunguh riak di depan ibu bapa setelah mendapat gaji. Sebulan sekali apa salahnya, sedangkan mak and abah tiap-tiap hari belanja makan kat rumah. Ha Ha Ha. Lepas melantak roti sardin sorang sekeping (aku makan setengah sebab roti sardin dia sangat besar--->diet sebenarnya) kitorang gerak balik rumah. Perot dah kenyang, malam mak tak masak la. Dengan happy nonton TV hingga lewat malam.

Dalam jam 10.30 macam tu abah balik lepas jumpa kawan-kawan dia. Perot aku berkeroncong mendendangkan lagu dangdut Iwan ft Amelina. Abah pun mengadu perot dia lapar juga. Abah menyarankan supaya emak memasakkan kami nasi goreng dua pinggan(seorang sepinggan la, takkan seorang dua pinggan pulak) tapi mak menjawab dengan selamba, "Ah, malas aku dah malam". Ting, keluar satu idea yang mengopakkan aku, tapi sebab bodek punya pasal tak mengapa. Berkorban demi kesenangan diri sendiri. "Jom makan sup kat warong Ali!" Wah, bangga gila aku bagi cadangan. Abah pun apa lagi, jom la. Kitorang tiga beranak pergi melantak di malam buta, meninggalkan adik keseorangan di rumah kerana telah nyenyak dibuai mimpi bersama Mas Idayu yang gemok(aku suka gosipkan adik aku dengan budak gemok ni). Ha Ha Ha.

Kali ni pun aku belanja makan jugak(kata nak bodek kan?). hu hu hu. Tapi keesokan harinya, abah dah siap-siap vacum kereta, basuh kereta, polish tayar sampai boleh betolkan tudung dengan mentengok tayar(tipu gile!). Tanya mak, takkan abah nak bagi aku bawak kereta dia siap cucikan sekali? Bagus betol. Mak aku cakap tak ada maknanya. Kalau dia dah siap polish and vacum tu maknanya dia la yang bawak kereta. Tak de maknanye dia nak cucikan kereta untuk kau! Pang. macam kena tampar aku rasa, huhuhu. Gambaran percutian yang indah serta merta berkecai(macam cerita tamil pulak). Punah harapan. aku pun roger la mami, cakap tak dapat pegi. Mami cakap next week la. Hu hu hu. Harap-harap next week jadi. Cuaca pun siap ok je semalam. Cerah. Panas. Sesuai untuk bercuti. Huhuhu.

Hopefully, next week kereta tak full. And semua orang free. Aku nak je cakap, " Mak, belikan orang kereta satu. Orang nak Swift". Mau aku kena panampar sulong. Huhuhu. Tak pe, bersabar. Orang rock kena tabah, tak leh lembik. wah wah wah. Kan dah merepek. Aku merepek sebab otak aku tengah bengong. So, nak pergi betolkan otak kejap, permaisuri perlu beradu terlebih dahulu. Jika tidak, beta akan bertambah murka(cepat kau baca blog laen sebelum aku bertambah merapu). Daaa

0 comments:

Post a Comment

Blog Kita

Blog Kita
 
Copyright © ini sebuah kisah. Original Concept and Design by My Blogger Themes | Tested by Blogger Templates | Best Credit Cards