• Post Title 1

    Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Quisque sed felis. Aliquam sit amet felis. Mauris semper, velit semper laoreet dictum, quam diam dictum urna, nec placerat elit nisl in quam. Etiam augue pede ...

  • Post Title 2

    Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Quisque sed felis. Aliquam sit amet felis. Mauris semper, velit semper laoreet dictum, quam diam dictum urna, nec placerat elit nisl in quam. Etiam augue pede, molestie eget, rhoncus at, convallis ut, eros. Aliquam pharetra. Nulla ...

  • Post Title 3

    Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Quisque sed felis. Aliquam sit amet felis. Mauris semper, velit semper laoreet dictum, quam diam dictum urna, nec placerat elit nisl in quam. Etiam augue pede, molestie eget, rhoncus at, convallis ut, eros. Aliquam pharetra. Nulla ...

  • Post Title 4

    Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. In dapibus. In pretium pede. Donec molestie facilisis ante. Ut a turpis ut ipsum pellentesque tincidunt. Morbi blandit sapien in mauris. Nulla lectus lorem...

Mengkerepek..Eh silap2. Merepek#2

Esok aku tidak akan pergi bekerja kerana aku terasa malas hendak melakukan tanggungjawab sebagai pekerja yang amat berdedikasi (dedikasi kepala hotak kau! Time keje siap boleh memblog). Ha Ha Ha. Aku akan outstation selama satu hari (poyo, jangan percaya) atas urusan kerja yang amat penting (lagi la jgn percaya). Okeh, serius. Esok memang aku tak kerja, aku cuti emergency. Sebab saket perot tak tahan sangat (tipu lagi). Kamon ain, kau ni asyik nak menipu, nanti orang tak percaya apa yang kau cakap.

Ha Ha Ha. Ok ok ok. Aku serius. Esok memang aku tidak akan datang bekerja kerana atas urusan kerja juga. Wah, mengambil kesempatan pergi interview di syarikat laen tanpa memberi pengetahuan kepada bos (ayat ini telah dibinasakan). Maksudnya, aku pergi cari kerja lain, and aku kena pergi interview, then aku tak bagi tahu bos aku cuti sebab nak interview. Ha Ha Ha. Ayat telah menjadi berputar-putar. Berbelit-belit. Tak apa, BM aku masa SPM adalah A1. Wah, riak gila. Hu Hu.

Serius lagi sekali, memang tak akan masuk kerja walaupun sebenarnya boleh je masuk kerja lambat kalau mintak kebenaran dengan bos. Tapi aku tak mahu. Ngak mau! Ha Ha. Tempat aku nak interview tu dekat dengan shopping complex. Maknanya? Tak ada maknanya lah. Lepas interview aku akan pergi meronggeng sampai menonggeng kat situ. Ha Ha lagi. Tak apa gelak banyak-banyak, awet muda. Tapi jangan sampai terbaha-bahak, nanti terkentut. Ha ha ha. Selekeh gila. Dilarang sama sekali terkentut semasa membaca blog ini, okeh? Bagus.

Korang, kalau aku cakap benda merepek korang jangan percaya. Sebab dengan muka aku yang ala-ala innocent ni, kalau aku tipu pun orang boleh percaya. Betul, housemate aku dulu selalu kena kelentong dengan aku sebab aku telah menipu dengan muka yang sangat serius. Siapa yang nak belajar menipu, boleh daftar sekarang. Ha Ha Ha. Tapi, penggunaan tipu yang korang belajar dengan aku ni memang tidak boleh diaplikasikan oleh lelaki yang telah berkahwin tetapi mahu memujuk isterinya supaya membenarkan dia untuk berkahwin lagi satu, dua atau tiga. Juga tidak boleh digunakan oleh mereka yang tidak paham dengan erti perkataan 'poyo' kerana hanya mereka yang poyo dan sempoi sahaja yang akan dapat mengaplikasikannya dengan sebaik mungkin. So, marilah kita berpoyo-poyo secara beramai-ramai.



p/s: Perbuatan menipu adalah salah disisi agama, tidak baik untuk diamalkan. Malah, penulis pun sebenarnya tidak gemar menipu. Hah...


P.O.Y.O. G.I.L.A. A.K.U.

2 comments:

Sarah Ezeeliya said...

owh ain nak menderhaka pada boz eh!!
hamboih g carik keje len naper?
dah tak sesuai ngn jiwa ker kerja skunk nih?

mademoiselle ain said...

haha..xde la x sesuai..tp saje je nak cari keje yg lebih challenging. bkn keje sekarang xchallenging, tp saje je cuba naseb.huh

Post a Comment

Blog Kita

Blog Kita
 
Copyright © ini sebuah kisah. Original Concept and Design by My Blogger Themes | Tested by Blogger Templates | Best Credit Cards