Nak dijadikan cerita, tadi aku terbukak satu website ni, ha ha ha ha. Nak tergelak pulak aku baca. Kat web tu semua dia cerita tentang cinta. Kira macam Dr. Love la tapi malay version. Hu Hu Hu. Tajuk yang menarik perhatian aku adalah " 20 Perkara Yang Membuatkan Wanita Benci Lelaki." Dengar tajuk je dah macam bagus. Ha Ha Ha. Gelak lagi. Apalah, kenapa mesti nak benci membenci. Kan manusia telah diciptakan berpasangan. Even anggota badan pun berpasangan. Mata ada 2, tangan ada 2, kaki ada 2, telinga ada 2. Cuma mulut je tak ada 2, kalau ada 2 tak dapat aku bayangkan. Haaaaru biru agaknya. Okeh, kat sini aku tak nak buat 20 perkara yang membuatkan wanita membenci lelaki tapi aku nak tukar sikit tajuk dia kepada " 20 PERKARA YANG MEMBUATKAN WANITA SAYANG KEPADA LELAKI". Point dia still sama tapi aku ubah olahan dia.
1. MENINGGIKAN SUARASemakin tinggi suara seorang lelaki, semakin dalam perasaan sayang seorang wanita kepadanya kerana dapat menunjukkan kekuatan vokal lelaki tersebut. Macam suara Anuar Zain lah.
2. MAIN KAYU TIGAI like this point. Ha Ha Ha. Bukan setakat pandai main bola sepak je, main kayu 3 pun pandai juga. Mempunyai ciri-ciri lelaki idaman setiap wanita. Wa caya lu lah mat!
3. SUKA ‘CUCI MATA’Bagus lah. Itu menunjukkan yang dia adalah seorang yang mementingkan penjagaan mata dia. Kalau nak dapat mata yang cantik, kenalah selalu pergi cuci mata atau minum Brand Inner Shine yang Diana Danielle minum kat iklan TV tuh. Hu Hu Hu. Penipu punya iklan.
4. MENGONGKONGCorrection. Bukan mengongkong tapi mendukung. Ha Ha Ha. Gagah apa kalau teman lelaki dapat dukung teman wanita. Aku tak suruh buat tau. Cuba korang bayangkan kalau gf yang dukung bf dia. Tak ke malu tu weyh? Jadi pompuan je la bf tuh lagi bagus.
5. EGOEgo adalah sangat penting bagi seorang lelaki kerana boleh menunjukkan sejauh mana maruah dia boleh dijaga. Tak ada ego kira macam tak ada maruah la. Boleh pergi la sama itu ego. Boleh hidup ke dengan ego kau tuh? Ha Ha Ha.
6. MENIPUMenipu macam yang aku selalu buat tu tak apa. Dimaafkan. Ha Ha Ha. Bagus lah, dia pandai tipu, at least semua masalah dia tanggung sendiri. Ha Ha. Blah kau sekarang ain!
7. PERASANPerasan ni bagus apa. Maknanya dia peka dengan keadaan sekeliling. Bukannya pekak. PEKA. Dia perasan dengan keadaan disekitar dia. Dia perasan gf dia makin cun, perasan gf dia makin sexy. Ha Ha Ha.
8. MEMENTINGKAN DIRI SENDIRIDia pentingkan diri dia sendiri sebab dia rasa dia berhak. Buat apa nak pentingkan diri orang lain kalau diri sendiri masih tak terjaga. Betul tak? Baik kita pentingkan diri sendiri dulu. Bila dah rasa diri sangat penting, macam bagus, baru la boleh pentingkan orang lain.
9. KURANG MEMBERIKAN PERHATIANDia kurang memberikan perhatian kerana asyik teringatkan buah hati pengarang jantung. lah Lagi-lagi kalau jauh dimata. Tu yang hilang concentration tuh. Makan tak lalu, mandi tak basah, tapi tido tetap lena.
10. CEMBURU BUTABagus apa cemburu buta ni, sebab dia tak nampak. Cuba kalau cemburu celik? Mau lagi seksa badan. Silap-silap kena duduk rumah je, tak boleh keluar langsung. Dia dah buta tu kira ok lah, tak berapa nampak sangat kan?
11. MATA DUITANWaaa..best apa bf mata duitan. Bf orang lain semua mata biasa, tapi mata bf kita mata duitan. Kat mata ada $$$$. Hu hu hu. Unik sekali. Pakai lens pun tak boleh. Ni semula jadi.
12. KOMITED TERHADAP KERJAYAYe la, kalau tak komited macam mana nak bagi makan kalau dah kawen esok. Takkan nak bagi makan mata dia yang berduet-duet tuh? Kena la work hard kan? Tapi kena ada juga masa for family.
13. PANAS BARANEmm..Mamalia. Kalau sejuk baran dah jadi lain pulak nanti. Jadi reptilia pulak.
14. KAKI MEROKOKKaki dia yang merokok tak apa. Sebab nanti kaki dia yang sakit. Bukan mulut dia yang meroko. Sesiapa yang ada bf yang kuat merokok tu, suro dia isap rokok pakai kaki. Ok?
15. PENGOTOR...
16. GELOJOH...
17. PENTINGKAN KAWAN-KAWAN...
18. TIDAK TAHU MEGHARGAI...
19. PUTAR BELIT...
20. SUKA KONTROL MACHOTahu tak maksud macho yang sebenarnya? Gemuk dan pendek. Tak tahulah, kawan aku yang cakap dulu masa sekolah menengah. Bila dia suka kontrol macho, maknanya dia suka kontrol daripada menjadi gemuk dan pendek. Kan?
p/s: Aku dah malas nak menaip. Tu lah jadinya. Kenyataan di atas diletak secara suka-suka. Tiada aktiviti paksa rela dan sebagainya.
6 comments:
haha,,klakar..ain sengal..memandai jer tukar olahan erk..rase cam nak kasik jer....!!!haha
emm.. nak kasik ape? duet ke sarah?haha
haha..mao kasik duet pulak!!kasi mende yang ujie slaloo nak kasik..haha..mao ka?mao terime ngn hati terbuka tak?
emm..ape yg uji selalu bg ek? haha.. lampi sekejpa..
kasik penampo lah!!!haha..PANG!!ha kan dah kene dah..cakit tak?kihkih
tak sakit pun.. sedapnya.. nak lagi sekilo boleh? huhu
p/s: apsal dah pandai main tampo2 kat blog nih? xpe2.. nanti aku buat serangan berpandu baru tau..
Post a Comment