• Post Title 1

    Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Quisque sed felis. Aliquam sit amet felis. Mauris semper, velit semper laoreet dictum, quam diam dictum urna, nec placerat elit nisl in quam. Etiam augue pede ...

  • Post Title 2

    Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Quisque sed felis. Aliquam sit amet felis. Mauris semper, velit semper laoreet dictum, quam diam dictum urna, nec placerat elit nisl in quam. Etiam augue pede, molestie eget, rhoncus at, convallis ut, eros. Aliquam pharetra. Nulla ...

  • Post Title 3

    Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Quisque sed felis. Aliquam sit amet felis. Mauris semper, velit semper laoreet dictum, quam diam dictum urna, nec placerat elit nisl in quam. Etiam augue pede, molestie eget, rhoncus at, convallis ut, eros. Aliquam pharetra. Nulla ...

  • Post Title 4

    Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. In dapibus. In pretium pede. Donec molestie facilisis ante. Ut a turpis ut ipsum pellentesque tincidunt. Morbi blandit sapien in mauris. Nulla lectus lorem...

Masuk hari ini, dah dua hari aku mengalami kesakitan perut yang teramat sangat sampai terasa mahu mencabut isi perut keluar dah dicuci dengan bersih(jangan percaya kalau aku cakap yang bukan-bukan). Semasa kerja semalam pun tidak dapat memberikan tumpuan dengan sepenuh-penuhnya kerana fikiran asyik tertumpu pada perut. Walaupun sakit, tapi aku tak tunjuk kerana seorang yang berjiwa rock harus gagah tanpa menunjukkan sebarang titisan air mata walaupun memang tak perlu menititskan pun.

Hari ni pun masih sakit lagi. Aku tak tahu la apa nak jadi, bila makan sakit perut akan datang. Bila tak makan tak pulak sakit. So, aku membuat kesimpulan bahawa aku tidak perlu makan bagi mengelakkan sakit perut. And semalam aku berjaya tidak menyentuh walaupun sebutir nasi dan aku sangat bangga kerana sebelum ini aku dan nasi memang tidak dapat dipisahkan. Sehari tidak ketemu nasi aku rasa seperti telah dijatuhkan talak(ada kaitan ke nasi dan talak?). Abaikan.

Sebenarnya semalam telah bermimpikan untuk membuat satu entry yang indah, tapi lain pulak jadinya. Maka, entry yang indah itu hanya aku sahaja yang tahu dan telah dibatalkan daripada dikongsi bersama orang ramai. Jangan tanya aku kenapa, sebab nanti perut aku akan bertambah sakit (ada kaitan ke ?). Tak apalah.

Hari ini aku akan berlagak happy di depan bos, staff lain serta customer walaupun aku tak happy pun sebenarnya dengan keadaan perut aku ni (kesian perut kerana dijadikan alasan). Kesakitan perut yang dialami tiada kaitan langsung dengan PMS ye. Memang tidak sama sekali. Rasa sakit ni mengingatkan aku masa aku sekolah dulu, masa aku qualified untuk wakil daerah bagi acara balapan. Tapi aku tak dapat turut serta sebab kesakitan dalam perut seperti ini lah. Kalau tidak, aku rasa mesti aku dah jadi olahragawati seperti Azura(DJ HotFm yang dulunya pelari negara). Ha ha ha. Berangan tidak sudah. Tidak apa, angan-angan adalah sangat perlu, kerana dengan adanya angan-angan kita akan berusaha untuk mencapai angan-angan tersebut.

So, sekarang aku nak berangan dulu, dah abes berangan nanti aku sambung balik. Nk berangan apa ek? Em. Nak ............? Ke ...........? Tak-tak. Nak ............. Ha Ha Ha. Betul-betul. Nak ............

5 comments:

Sarah Ezeeliya said...

berangan berangan gak tapi jgn lelebih yer..kang len lak jadiknyer!!hehe

mademoiselle ain said...

haha..berangan sunat tidak apa. haha.

Sarah Ezeeliya said...

ain2..kamu nih klakar ah..rase cam nak kopi paste ayat kamu masuk blog me..haha..gelak2..

missy suzi said...

ye!aku suke berangan juge!!
sampai terbang tinggi melayang dan akhirnyaaaa...
melekat di syiling!!
tat's da limit!!deym!! ahhahahahahahahahahaha~

mademoiselle ain said...

sarah2..kopi paste tak boleh tapi teh paste boleh.. hehe..that's the way i am..

Post a Comment

Blog Kita

Blog Kita
 
Copyright © ini sebuah kisah. Original Concept and Design by My Blogger Themes | Tested by Blogger Templates | Best Credit Cards