- Kadang-kadang penggunaan bahasa yang skema adalah sangat seronok. Sebab itu saya gemar menggunakan bahasa skema sedangkan di rumah saya tidak pernah menggunakan bahasa skema.
- Lawak yang kadang-kadang timbul secara tidak sengaja boleh mendatangkan rasa sakit hati atau iri hati (aik?) kepada sesiapa sahaja, maka saya ingin meminta maaf terlebih dahulu supaya tidak timbul sebarang salah faham kelak. (Ececech)
- Apabila berlaku puji-pujian terhadap diri sendiri adalah diluar kawalan diri saya kerana jari terlalu asyik menaip untuk menulis ayat-ayat yang berunsur angkat bakul. Diharap kalian mengerti dengan situasi yang diluar kawal saya itu.
- Jika sesiapa yang berminat utuk menukar link dengan saya, jangan malu-malu dan jangan segan-segan kerana saya tidak mengenakan sebarang bayaran pun kepada anda, malah bilangan kawan anda akan bertambah kepada 1 menjadikan bilangan kawan anda ialah sebanyak X + 1 (X ialah bilangan rakan yang sedia ada).
- Sebarang komen yang anda tinggalkan adalah sangat dihargai, dan janganlah berasa jemu untuk terus menghantar komen kepada saya. Anda juga janganlah berkecil hati sekiranya saya tidak menghantar komen kepada anda semula kerana silalah faham saya kerana saya mempunyai tugasan yang perlu diselesaikan (konon buat sangatlah kerja tu). Jika saya mempunyai masa yang banyak, sudah pastinya saya akan pergi mensebokkan diri di blog rakan-rakan untuk menghantar komen sehinggakan anda sendiri tidak mempunyai kesempatan untuk membalas kelak.
- Kadang-kadang saya terperasan seperti DIVA di dalam blog saya, dan saya amat berharap sanda semua faham kerana ini blog saya. Kalau anda juga ingin mendiva di blog saya juga apa salahnya, silakan kalau anda berani. HEEEEE.
- Kadang-kadang saya juga ada membuatkan entry yang berunsurkan ilmiah. Dan saya amat berharap sangat anda jangan mempercaya saya 100% kerana anda perlu percaya saya 200%. HEEE. Saya joking saja. Jangan terlalu percaya dengan apa yang saya kata kerana ia kadang-kadang adalah berunsurkan hiburan serta jenaka sahaja.
Rang Undang-Undang Kanun Keseksaan
Saya merasakan dengan menulis blog secara serius adalah sangat tidak seronok atau dalam erti kata lain sangat tidak best. Maka dengan itulah saya telah berfikir bahawa saya perlu berjenaka sedikit dan tidak perlu terlalu serius melainkan sesuatu perkara itu perlu diceritakan secara serius. Oleh yang demikian, saya ingin mensenaraikan beberapa (apa ek?? tak tahu nak kata apa) _ _ _ (sila isikan tempat kosong) berkaitan blog saya ini. HEEEEEEE.
See, sebenarnya saya ada banyak lagi perkara yang hendak ditulis tetapi hati saya berkata jangan. Maka, saya pun turutlah kata hati. Terima kasihlah kepada sesiapa yang sudi membaca blog saya ni. Walaupun sebenarnya saya rasa blog saya adalah sangat membosankan tetapi saya sayang blog saya (sebab blog saya comel). HWEEEEEE.
Subscribe to:
Post Comments (RSS)
2 comments:
pstt. mmg comel! ehe. blog kamu ye.. bukan owner. =P
goasop>>hehe..ye ke comel?? haha.. thanx! tp rs owner die lg comel..huhuhu(perasan xhabis2)
Post a Comment