Setelah tidak diberikan tugas pada hari ini kerana ketidakhadiran pada hari semalam, membuatkan saya dihantui kebosanan. Makanya, saya telah meng'google' laman-laman motivasi bagi menambahkan serta meningkatkan lagi daya tahan diri (ada kaitan ke?) dan yang seangkatan dengannya. [Pembinaan ayat telah bertukar kepada ayat yang lebih sopan dan santun serta berbaur sastera sedikit.] Sebentar lagi, kalian akan memahami mengapa penulis berbuat sedemikian rupanya.
Setelah memasuki laman web kepada salah seorang penceramah serta pakar motivasi yang terkenal di tanah air, maka hasil yang telah saya perolehi adalah ini. Iaitu rahsia keperibadian mengikut bulan lahir. Oleh kerana saya telah dilahirkan pada bulan Mei, maka saya hanya meletakkan penerangan mengenai rahsia kelahiran pada bulan tersebut sahaja. Silalah baca.
MEI - Keras hati dan degil
- kuat semangat dan bermotivasi tinggi
- pemikiran tajam
- mudah marah jika tidak dikawal
- pandai menarik hati orang lain dan menarik perhatian
- perasaan yang sangat mendalam
- cantik dari segi mental dan fizikal
- tidak perlu dimotivasikan
- tetap pendirian tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain
- mudah dipujuk
- bersikap sistematik ( otak kiri )
- suka berangan
- kuat daya firasat, memahami apa yang terlintas dihati orang lain
- mudah diserang penyakit di bahagian telinga dan leher dan lemah sistem pernafasan
- daya hayalannya tinggi
- pemikiran yang tajam
- pandai berdebat
- fizikal yang baik
- suka sastera, seni, muzik dan melancong
- tidak berapa suka duduk dirumah
- tidak boleh duduk diam
- tidak ppunya ramai anak
- rajin dan bersemangat tinggi
- agak boros
Setelah membaca dengan teliti, tahukah kalian mengapa saya membuat ayat dengan penuh sopan dan santun pada kemasukan (entry) pada kali ini? Alhamdulillah. Paham juga. Mari saya membawa kalian semua kepada penerangan mengenai setiap point yang telah diberikan.
Saya rasa ada benarnya bagi kenyataan ini, kerana saya memang akui bahawa saya seorang yang keras hati tetapi tidak degil. Saya seorang anak yang taat cuma hati saya keras sedikit kerana semasa ibu mengandungkan saya beliau gemar memakan batu hingga memberikan impak kepada saya pabila besar kelak. [saya merepek secara berleluasa, dan jangan percaya dengan kata-kata dusta saya.]
- Kuat semangat dan bermotivasi tinggi
Semangat saya memang kuat dan tentunya saya juga mempunyai tahap motivasi yang sangat tinggi (bukan memasukkan diri di dalam bakul tetapi bertujuan untuk mengolah ayat yang telah diberikan). Buktinya, saya gemar menonton filem-filem seram mahupun drama-drama seram yang disiarkan di televisyen sambil menutup mulut bukannya menutup mata. Jangan bertanya mengapa saya menutup mulut. Saya boleh bagun pagi keesokan harinya sekiranya pada malam tersebut saya telah memasang niat untuk membangun awal. Benar dan tidak tipu, cuma kadang-kadang perasaan malas dapat menguasai segalanya.
Pemikiran saya sangat tajam, lebih tajam daripada pisau Rambo yang digunakan oleh Sylvester Stallone semasa lakonannya di dalam filem-filem Rambo. Pisau-pisau lain pun tidak dapat melawan ketajaman fikiran saya.
- mudah marah jika tidak dikawal
Perasaan marah saya memang tidak boleh dikawal jika seseorang itu telah membuatkan saya berasa jengkel terhadap beliau. Apabila saya marah, saya suka menunjukkan yang saya marah melalui ekspresi wajah. Siapa mahu melihat saya marah, cubalah menjengkelkan saya. Silakan.
- pandai menarik hati orang lain dan menarik perhatian
Waaa..Semacam menarik kenyataan ini, tetapi saya bukanlah seorang yang seksi kerana kebiasannya orang yang seksi dan menggoda sahaja yang dapat menarik perhatian orang ramai terutamaya kaum lelaki. Saya tidaklah seksi, jauh sekali menggoda. Ha ha ha, tetapi saya akui, saya boleh menarik perhatian orang. Bagaimana? Saya ada sejenis magnet yang telah ditanam di dalam badan yang mana magnet tersebutlah yang membuatkan orang berasa tertarik dengan saya. Cantik, menarik, tertarik kau memang da bom. Haa
- perasaan yang sangat mendalam
Jiwang ke? Entah la, tetapi saya suka memikirkan sesuatu perkara itu secara mendalam. Contohnya, kenapa dia sangat berasa cemburu dengan saya? OOhh, baru saya tahu, kerana saya lebih cantik daripada dia sebab itu dia berasa cemburu dengan saya. (Penggunaan contoh ini dilakukan bagi dapat menerangkan kenyataan yang diberikan dengan lebih jelas.)
- cantik dari segi mental dan fizikal
Wau!! Saya tidak berkata, tetapi Dr Fadzillah Kamsah yang berkata saya cantik dari segi mental dan fizikal. Jadi kalian tidaklah boleh menafikan kenyataan ini.
- tidak perlu dimotivasikan
Oleh kerana saya telah dikatakan bermotivasi tinggi, maka kalian tidaklah perlu memotivasikan diri saya. Benar, saya memang tidak gemar orang mengarahkan saya supaya membuat itu dan ini kerana saya tahu apa yang perlu saya lakukan. Dan saya cukup marah kepada orang yang suka berbuat demikian, seolah-olah ibu bapa saya tidak tahu mendidik saya apa tanggungjawab saya sebagai seorang insan.
- tetap pendirian tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain
Ini yang saya tidak berapa gemar hendak mendengar. Pendirian saya memang tetap, tetapi setelah dihasut, dipujuk dan sebagainya, saya mudah dipengaruhi. Tetapi, iman saya tetap teguh. Contoh situasi semasa pergi ke kedai kosmetik:
Aku tidak gemar memakai penampar pipi or blusher (saya menggelarkan penampar kerana apabila dipakai kelihatan seperti selepas ditampar). Tetapi setelah dipuji oleh promoter tersebut dengan mengatakan saya kelihatan comel apabila memakai blusher, maka dengan serta-merta saya membeli blusher tersebut kerana mahu kelihatan comel. (Tak cukup comel ke sebelum ni?)
Sama seperti kenyataan di atas, tidak perlu diolah lagi.
- bersikap sistematik ( otak kiri )
Ya, saya suka merancang sebekum melakukan sesuatu. Setiap hari saya memakan pil perancang supaya saya dapat merancang dengan lebih teratur (olahan ayat palsu). Benar, kebiasaannya sebelum melakukan sesuatu, saya akan merancang. Contohnya, apabila saya ingin keluar berwindow shopping, saya akan memakai pakaian apa. Pakaian apa yang sesuai. Kasut apa yang sesuai. Maksudnya, kalau saya hendak berjalan sebanyak mana yang saya mahu, perlukah saya memakai kasut yang ebrtumit tinggi? Atau perlukah saya memakai baju yang tebal jika saya ingin berjalan-jalan dan bersiar-siar di Jalan TAR atau Masjid India dan sebagainya. Saya akan berfikir mengikut situasi.
Benar, benar. Sila baca entry pada hari selasa , 4 November 2008.
- kuat daya firasat, memahami apa yang terlintas dihati orang lain
Saya tiada kuasa luar biasa ini. Tetapi tidak tahulah jika sebenarnya ada.
- mudah diserang penyakit di bahagian telinga dan leher dan lemah sistem pernafasan
Saya tidak pekak dan tidak mempunyai penyakit asma. Malah saya merupakan seorang atlit semasa di bangku sekolah. Pendengaran saya juga sangat peka kerana semasa di matrikulasi dahulu saya kerap terdengar ketukan pintu sedangkan rakan-rakan sebilik tidak mendengar pun.
Sama seperti point kuat berangan.
Berapa kali mahu bilang? Sila rujuk balik point yang berkaitan.
Ya, tidak asing lagi, barang siapa yang suka mencari pasal, mencari gaduh mahupun mencari jodoh dengan saya, nescaya beliau akan merasa dikalahkan kerana saya sangat suka berdebat sehinggakan apabila sesiapa yang bertikam lidah (ganasnya main tikam-tikam lidah) dengan saya akan mengaku kalah sambil mengangkat bendera putih.
Ya, berat badan saya sangat ideal sekarang ini dengan ketinggian yang saya ada. Alhamdulillah.
- suka sastera, seni, muzik dan melancong
Lihat!! Kalian sudah faham bukan? Mengapa saya mengunakan bahasa yang sungguh bersopan serta sedikit sastera. Alamak, sejak bila la aku suka bersastera nih? Buat surat cinta pun tak pernah. Sory la, aku dah mals la nak buat ayat skema-skema. Pening nak memikirkannya. Huhu. Jiwa gua rock mana ada jiwang-jiwang. Seni memang aku suka, sangat suka. Muzik pun aku suka jugak apatah lagi melancong. Memang sangat digemari. Tu la, point yang satu tu je tak berapa betul. Ingat aku ni A. Samad Said ke suka bersastera. Hu hu hu. Mungkin suatu hari nanti.
- tidak berapa suka duduk dirumah
Tak, salah. Aku sangat suka duduk di rumah. Suka sangat. Boleh lepak, boleh tidur, boleh makan, semuanya.
Yup, aku tak boleh duduk diam kalau tidak ada kerja. Kalau kat rumah, ada je benada yang aku akan buat. Contohnya kemas rumah ke, kemas bilik ke. Kemas la apa-apa yang patut walaupun mak aku dah kemas.
Ala, baru je nak ada anak seramai satu skuad bola sepak. Huhuhu. Tak pe, boleh usaha. Ha Ha Ha. Kan sayang? Siapa nak jadi sayang aku angkat tangan?? Ha Ha Ha.
- rajin dan bersemangat tinggi
Betul-betul. Aku sangatlah rajin. Ha Ha Ha. No komen.
Ni pun betul kot. kadang-kadang aku boros bila tiba masanya. Tapi aku pandai berjimat.
sebenarnya aku dah malas nak taip panjang2. Sebab nanti korang pun jadi malas nak baca. So, aku stop sampai sini dulu.
9 comments:
owh kamu pecinta sastera rhupernyer..haha..patot ah ayat kamu membuat ku tidak kering gusi..agak kelakar but da msg still smpai..penulisan yg bagus..admire lah kat u..haha
**ikhlas ker tak blakang kire eh..
hahahaha, ye ke? kalu mcm tu i akan jd seorang sasterawan yg menghasilkan karya kelakar lagi menggelikan hati..mcm tu dikira sasterawan ke? entah lorr..
**tak ikhlas pun xpe, ikhlas pun tak pe.. haha..kalau tak ikhlas pun akan dipaksa menjadi ikhlas..
samela kite..
im 'may' gal also..
super geminian.kehkeh~
gler gay ko sarah!!minat2 gal!!gay!!
banned sarah dan norman hakim!!
hahahahaha~
ooo yeh? may jugak.. but i'm taurus not gemini.. huahuahuahua..
nak banned sarah ek?? em..nnt aku pikirkan dulu.. kene wat undang2 kanun baru la..
ko ape hal nak banned ku ujie? ko nih memane pon nak kutuk2 aku eh..dah ain berbakat(ye ker) mesti ah admire karya die..wakakah
ko pon nak same gak kate "may" gal kunun..ko pon gay gak ujie!!haha..kater owang lebih..haha..makan penampo mao ka?
**hish ikhlas agak nyer puji nih..kalu tak pon anggap jer ikhlas..haha
hahaha..ampulah beta..beta suka.. huahuahua.. aku tak denye nak sesuke ati nak banned org melainkan die wat onar kt blog aku nih.. huhuh.. takpe, gadoh best!!
jom gadoh ramai2..
p/s: puji tak ikhlas pn tak pe..hahaha..kerana puji-memuji adalah sifat yg terpuji mcm uji.. haha
haha..
ain kejam..
wat galakkan suh manusia
dimuka bumi bergaduh!!
tidak kah anda rasa berslaah..hehe
ujie ade sifat terpuji?bior betol?haha
kalu ujie bacer sile menangis yer!!
haha..bukan membuat kekejaman kepada bumi tetapi bergaduh bergaduh sesama manusia di dalam hati.. Hahaha..
tak tau la uji ada sifat terpuji ke tak.. tapi sebab name dia lebih kurang je, uji n puji.. so, saje je letak..ahaks
bla bla bla bla
Post a Comment